Friday, September 2, 2011

New day has come...

Kesayangan hamba..Zahra, Zahirah dan Ayah...Love you all
Alhamdulillah, pada 24 Ogos 2011 yang lalu, jam 11.19am , teman telah selamat melahirkan anak kembar yang pertama (Nur Zahra Mirza) dan diikuti dengan kembar kedua (Nur Zahirah Mirza) selang dua minit berikut secara caesar.
Perasaan tatkala ditolak masuk ke wad bersalin (untuk ditukarkan pakaian) dan seterusnya ditolak masok ke bilik pembedahan, tak usah citer la. Allah saja yang tau. Teman ingat pesan mama teman, baca la doa untuk memudahkan pembedahan. kalau dah abeh jem fikiran, selawat pun jadi.
Teman diberi ubat bius (separuh badan) epidural semasa pembedahan. Walau pun teman tak nampak ape yang doktor2 tu duk buat dengan isi perot teman, teman dapat rasa dan bayangkan ape saja pergerakan doktor pada masa tu.
Tatkala mendengar je tangisan anak sebaik saja keluar dari rahim teman, teman menangis tanda gembira dan syukur yang amat sangat. Selepas babies dibersihkan, misi membawa baby seorang demi seorang ke depan mata teman untuk teman saksikan sendiri jantina anak2 teman. :) Seperti yang telah kami ketahui melalui scan, kedua2 bayi kami ini adalah perempuan.

Proses pembedahan mengambil masa yang agak singkat. Seawal 12tghari teman dah ditolak keluar dari OT ke wad bersalin tetapi hanya dibenarkan ke wad post-natal kira2 jam 1pm. Ini adalah bagi memastikan teman dalam keadaan ok (tader pening2 lagi) ketika dimasukkkan ke wad post-natal.

Utk hari ni, ini saya yang teman nak coretkan. Disini teman lampirkan gambar anak2 teman di hari pertama kelahiran, hari ketiga dan hari raya ketiga untuk tatapan pembaca yagn sudi menjenguk blog teman.

Day 1 :
L to R: Nur Zahirah Mirza, Nur Zahra Mirza


Day 3 :
L to R : Zahirah, Zahra

3 Syawal, 1 Sept 2011
L to R : Zahirah, Zahra


Friday, August 19, 2011

The time has come....

Semalam (18 Ogos 2011) teman dan suami berjumpa dengan Dr. pakar (Dr. Revathy) di PPUM bagi membincangkan lebih lanjut perkara berkaitan pembedahan (Caeser) sblm kami bersetuju dengan tarikh yang dipilih. Berikut adalah antara perkara2 yang telah dibincangkan (yang masih teman ingati) :-

1- Mengapa Dr. menyarankan saya menjalani pembedahan berbanding bersalin secara normal?
Jwpn : Ini adalah disebabkan kedudukan bayi ke2 yang melintang. Walaupun bayi pertama berada pada kedudukan bersedia untuk keluar secara normal, namun disebabkan kedudukan bayi kedua yang melintang, dikhuatiri bukan saya baby ke2 gagal pusing (atau dipusingkan) dengan kepala menghala tepat ke laluan keluar, tapi dikhuatiri uri akan keluar dengan cepat mengikut bayi pertama. Sekiranya ini berlaku (uri keluar dengan cepat), maka baby ke2 akan kehilangan bekalan darah.

2- Semasa pembedahan, adakah ibu akan dibius secara penuh atau separa?
Jwpn : Separuh. Ini adalah bagi memastikan ibu sedar (supaya dapat tengok baby sebaik baby keluar) dan bagi tujuan penyusuan ibu selepas baby selamat dilahirkan.

3- Bolehkan pasangan (suami) masuk ke bilik pembedahan.
Jwpn : Tidak. tetapi, ada ruang menunggu di kawasan bilik pembedahan bagi membolehkan pasangan/keluarga menunggu

4- Adakah baby akan diberi susu ibu atau susu formulu sekiranya ibu menjalani pembedahan.
Jwpn : SUSU IBU. Bayi akan segera diserahkan kepada ibu bagi tujuan penyusuan.

5- Sekiranya proses bersalin kali ini adalah secara caeser, apakah saya masih boleh bersalin secara normal kelak.
Jwpn : YA. tiada masalah.
Tambahan jawapan : Hosp. akan beri ubat perancang bagi merancang kehamilan berikutnya mengikut kehendak pesakit.

6- Bagaimanakah pembedahan akan dilakukan bagi mengeluarkan baby ? adakah dua tempat akan di'buka' disebabkan ada dua baby?
Jwpn : HANYA Satu belahan akan dibuat.

7- Berapakah kos pembedahan keseluruhan?
Jwpn : bersedia dalam RM1,200.00.


Ini adalah antara perkara2 yang kami bincangkan dan tanyakan kepada Dr. semalam. Setelah dipersetujui, teman akan daftar masuk ke PPUM (wad bersalin) pada 23hb, 8.00 am dan insyaAllah sekiranya keadaan tubuh dan kesihatan teman diizinkan Allah, teman akan menjalani pembedahan pada 24 Ogos 2011. Doakan semoga teman dan anak2 teman selamat dilahirkan.

Semoga berjumpa lagi selepas teman selamat melahirkan.

Friday, August 12, 2011

35 minggu sudaaa.....

Salam,

Semalam teman pergi check up kat PPUM untuk sekian kalinya. minggu ni dah masuk minggu ke 35 kandungan teman. kandungan teman pun dah semakin berat. Kiranya, dari berat asal 32kg (jangan tak cayer) sblm kawin+ mengandung, smalam berat teman 52.6kg. ehehehehhehe.

Berbanding dengan dua minggu sudah, berat baby 1 teman baru mencecah 1829g manakala berat baby ke 2 sebanyak 1896g. (yang membawa jumlah kira-kira 3.725kg). Untuk sesi scan seterusnya,teman mengandaikan setelah dua minggu, berat setiap seorang akan naik kira2 200g (max). Tapi andaian teman salah rupa2nya. Smalam, melalui scan, dapat la diketahui berat terkini anak2 teman. Baby 1 2421g while baby 2 2469g. So, secara totalnya, anggaran kasar berat yang dibawa oleh teman adalah 4.89kg.

Sepanjang masok bulan ke 8 ni pelbagai dugaan dan cabaran harus teman harungi. pergerakan dah semakin terhad dan perlahan. Kalau nak baring tu, tak boleh main baring jer. perlu perlahan-lahan mengiringkan badan arah yang nak dibaring, kendian baru baring. kalau nak bangun tu, seboleh2nya perlukan bantuan orang. Kalau kebetulan sang suami berjaga, bolehlah minta bantuan sang suami. tapi bulan2 puasa gini, time nak bersahur, kenalah gagahkan diri untuk bangun sendiri walau sesukar mana pun. (almaklumla, suami sedang lena diulit mimpi).

Oh yer, memandangkan skarang dah masuk minggu ke 35, perjumpaan dengan Doktor smalam bukan la sekadar untuk melihat perkembangan kesihatan anak2 bahkan turut berbincang dengan doktor untuk proses kelahiran. Sepatutnya kami dijadualkan berjumpa dengan Dr. Sofea (specialist di PPUM) tapi disebabkan ramaaaaaaaaaaiiii la sangat patient yang perlu perhatian Dr. Sofea, kami di rujukkan kepada Dr. Ainol. Dr. Ainol cakap, dia dipertanggungjawab untuk berbincang dengan kami bagi pihak Dr.Sofea untuk proses kelahiran. So, Dr. ainol ni pun explain la pros and cons caeser and normal untuk kelahiran kembar. Menurut Dr. Ainol lagi, kalau kami pilih untuk caeser, tarikh yang dicadangkan adalah pada minggu ke 37 iaitu pada 26hb Ogos 2011. Aiseh, perancangan teman, kalau dah caeser, teman nak pilih tarikh2 berikut :

1- 24 Ogos : bersempena hari ulangtahun perkahwinan my parents + besday my younger brother
2- 31 Ogos : bukan saja sempena merdeka (leh dapat adiah dari kerajaan, kan?), but also besday my mum
3-8 Sept : besday my sister
4- 9 Sept : tader ape2 tapi cantikkan 090911
5- 11 Sept : sama gak, tader ape2 spesel cuma 110911.

tapi, bila teman request 24 Dr. Ainol kata baby belom cukup 37 minggu time tu. (tapi seingat teman, cycle week teman bermula setiap selasa, which means 23hb tu dah 37 minggu dah). tape, next visit nanti semasa nak confirmkan pemilihan proses kelahiran, akan teman check balik whether boleh tak 24hb. kalau tak boleh, makanya 26hb la yang akan menjadi pilihan. Dr,Ainol kata, orang Melayu yang memilih tarikh sbb caeser kebanyakannya memilih hari Jumaat sbg hari bersalin..

Sekarang, satu persoalan pulak timbul. Macamana kalau teman kena tahan wad lama i.e tak dapat balik kampung beraya? Family teman mungkin tiada masalah untuk turun 'beraya' di KL, tapi boleh ke family mertua teman turun KL di hari raya sedangkan rumah mertua teman tu lah ibarat tempat berkumpulnya kaum keluarga saudara mara suami teman yang lain di hari pertama raya....

Hmmmm......

Additional info on caeser: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/caesarean/

Wednesday, August 3, 2011

Minggu ke 34

Minggu ni dah masuk minggu ke 34 kandungan teman. Ada pernah ketika teman pergi check up pada minggu ke 28, doktor PPUM ni kata teman berkemungkinan mungkin bersalin pada minggu ke 34 kerana ini adalah biasa bagi kandungan kembar. Itu sebagai mentally preparation untuk teman andaikata Allah mentakdirkan teman bersalin pada minggu ini. pada minggu ke 30, teman pergi lagi check up di PPUM, tapi kali ni berjumpa dengan Doktor lain pula, namanya Dr. Prakash. Menurut kata Dr. Prakash, dari pemerhatiannya, beliau tidak meletakkan teman akan bersalin atau lebih tepat lagi MESTI bersalin pada minggu ke 34, sebaliknya bersedialah pada minggu ke 37. Apa-apa pun, tak kira la minggu mana-mana pun, asalkan anak2 teman selamat, teman redha.
Antara caeser dan normal, mana satu pilihan puan-puan? seingat teman, seawal kandungan teman dulu, teman memang beria-ia nak bersalin secara normal (chehhhh, dengan berlagaknya tu). tapi semakin besar kandungan teman, semakin lama teman bersama anak-anak teman ni, ape yang teman pentingkan sekarang adalah anak-anak teman dapat dilahirkan dengan selamat. sekiranya bersalin secara caeser adalah pilihan yang baik, teman akur je atas saranan doktor.

Anyway, kat sini teman nak share tanda-tanda nak bersalin yang teman petik dari
http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/semasa-kelahiran/161-tanda-tanda-bersalin.html


Tanda-tanda bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.
Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin 

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Tuesday, May 31, 2011

Pregnancy at week 24

quote from : http://www.i-am-pregnant.com/Pregnancy/calendar/twins/20-24

Twin babies at 23 weeks

At 20 weeks, each of your babies will weigh approximately one pound! By 24 weeks, they will have gained another half pound and will be approximately 12 inches long! The babies are continuing to grow and have produced some fat under the skin. Lanugo-soft, furry hair-covers their skin and you will most likely notice this at birth. The babies are also starting to be covered with a cheesy substance called the vernix caseosa coating. The twins are in constant contact and kick and nudge at one another for space. The membrane that separates them still is amazingly elastic! Every joint in their bodies are flexed. The chin is at the chest and their elbows are tucked at their sides. Their legs are often brought up to their chest and the feet are tucked under their bottoms. On ultrasound, you will often see that they like to have their hands up near the face. During periods of awake time, they will stretch out and move around. 

You should be feeling your babies move around every day. You might not be able to tell which one is which though. You may only be able to feel it one side occasionally and that is OK. It may be that both sets of legs are stretching out in the same direction. 

Edema is not uncommon during any pregnancy, especially when carrying multiples. Sometimes the extra accumulation of fluid can cause carpal tunnel syndrome. This is a tingling or numbness in part of the palm and fingers caused by excessive compression of the bones and nerves. If you are experiencing this, try to rest as much as possible and drink lots of water. You can also purchase carpal tunnel wrist guards at a local drugstore. Symptoms usually go away after delivery. 

You may be noticing that you are warmer than everyone else in the room. Your resting metabolic rate is increased during pregnancy and causes you to feel overheated. It does not mean you have a fever. Drink extra fluids to replace any fluids that you are losing through perspiration. 

Many pregnant women also begin to experience leg cramps at this point of their pregnancy. It can be a sudden and extremely painful feeling. Because you are carrying multiples, you are at increased risk for experiencing leg cramps. You are carrying extra passengers and they can be very greedy when it comes to getting the mineral they need for good nutrition. You may be suffering from a shortage of calcium. Ask your doctor to help you find a way of getting enough for your and your babies. 

It is not uncommon for mothers of multiples to go in to labor early. Pay close attention to any changes in your pregnancy and inform your caregiver at once if you experience any signs or symptoms of preterm labor. 

Ongoing Symptoms

Nasal stuffiness 
Sensitivity to sun 
Bleeding gums 
Constipation 
Round ligament pain 
Leg cramps 
Anemia 
Leakage from nipples 
Glow of pregnancy 
Change in sexual desire 
Hearty appetite 
Sleep changes 
Expanding uterus 
Fatigue 
Headaches 
Heartburn 
Swelling feet 
Stretch Marks 
Spine curving 
Vaginal discharge 
Decrease in urination 

To Think About This Month

Obtaining baby care essentials 
Birth preparation classes 
Birthing options and plans 
Work arrangements if not already done 
Childcare arrangements if needed 

Thursday, May 26, 2011

PPUM

Smalam teman pergi ke PPUM, untuk 'register a.k.a booking' nak bersalin kat sinun. Style PPUM ni, kalau u bukan nak bersalin kat PPUM, usah la gatal2 nak pergi check up (walaupun di refer oleh Dr. Klinik kerajaan yang u buat check up tu atas apa2 reason pun) kat PPUM tu. diorang takder nye nak layan. Melainkan u all memang nak bersalin kat PPUM tu. tapi, once the jururawat kat kaunter pertanyaan tu tanya 'awk nak bersalin kat sini ke tak?' and u jawab "ha ah", then you kena la bayar dulu deposit untuk perkhidmatan diorang. deposit di sini adalah kos bersalin secara normal iaitu RM500.00. Itu deposit utk bersalin. ada satu laks lagi kos. kos perkhidmatan Dr. iaitu RM31.00 (bukan pakar). kalau pakar, RM41.00

Selepas menyerahkan borang, membuat bayaran upah Dr. (RM31.00), dan membayar deposit bersalin RM500.00, teman pun di arahkan masok ke bilik menunggu B pulak. Di sini, first thing yang dibuat adalah urine test. Mujur teman dah minom air gula jumaat lepas di klinik kerajaan, kalao tak, diorang suruh teman minom air gula lepas urine test tersebut. Lepas urine test, berat, tinggi tekanan darah pula di ambil. Sementara tunggu Dr. datang (masa tu Dr. tak datang lagi), teman bersama beberapa lagi bakal2 ibu dipanggil ke bilik seminar untuk mendengar taklimat penyusuan susu ibu. Ok la kan, daripada melangu tunggu Dr. yang tak sampai2, ada gak diorang feed kan kita dengan aktiviti berilmiah. dalam bilik tu ada 8 orang semuanya, hanya dua orang termasuk teman yang baru pertama kali nak jadi Ibu. So kira akak2 lain tu dah expert la bab2 menyusu badan ni. Banyak la information dan teknik penyusuan yang betul yang teman dapat semalam. Abih taklimat dalam pukul 10.00 teman kembali menanti giliran untuk berjumpa Dr. Setelah menunggu hampir 20 minit, teman nye giliran pun sampai.

Kali ni teman ditemani sang suami. Masuk bilik Dr. ni, apa yang Dr. ni buat cuma tanya soalan bagi mengisi borang yang ada dalam file pesakit tu la kan. soalan2 nya ermm...soalan2 lazim kepada ibu mengandung la. ada pening, muntah? ada cramp? Ada itu ada ini? Ada lain2 sakit??? abeh sesi soal jawab, Dr. suruh baring atas katil untuk periksa tummy and breast. Macam biasa gak, babies teman ni memang suka ngelak bila Dr. nak check diorang. jenuh gak Dr. nak dapatkan heartbeat baby A teman. Baby B mudah sikit, agaknya masa tu dia tengah rehat, baby A lask tengah ligat. tapi apa2 pun ok la, dedua sihat. Alhamdulillah.

Next, teman di arahkan untuk ambil darah. Huh, picagari kat sepital ni, tak hengat punya besar. lagi besar kot dari size marker pen mak teman. nak jadik kisah, teman ni memang masalah sikit bila bab amek darah guna jarom beso. (udoh kalo picagari beso, sah2 la jarom nye pun beso), maka, tak dapat la darah teman di ambil pada suntikan pertama. so Dr. tu ubah plak ke nerve lain, pun tak dapat. 4 kali cuba baru dapat. itu pun dua cubaan terakhir tu terpaksa pakai picagari kecil. dah la tu, aliran darah teman agak slow, so lambat sikit la nak memenohkan picagari tu.. sudah nya dua teman teman bengkak semalam.

Lepas dah amek darah tu, teman kena plak gi ke kaunter Dua, untuk dapatkan tarikh next appointment. Lepas tu, kena plak pergi ke tingkat tiga, bilik ultrasound, untuk booking scanning. gile betul. mana nya tak gila, next appointment is on 14/6/2011, while the scanning appointment date is on 29//6/2011. apsal la nak kena datang banyak2 kali ke PPUM ni untuk perkara yang boleh dibuat dalam hari yang sama. teman pun tak paham kenapa la diorang tak paham yang ibu2 mengandung ni PENAT untuk datang dua tiga kali.  tak boleh ke di buat sekali pada hari yang sama macam klinik swasta. (kalau ada yang terpetik dalam hati nak komen apa yang teman bebel2 ni, pikir2 dulu yer sebelum bersuara. teman ni pakar bab membidas balik apa yang teman komen :)

So, by 11.50 baru la segalanya selesai. perot pun dah berkeroncong sbb tadik pagi makan biskut kering 4 keping jer, so teman dan suami pun melangkah keluar dari PPUM untuk mengisi perot.....

So, itu la kisah teman sepagi di PPUM.....

Friday, May 20, 2011

Air Gula

Hari ni sekali lagi teman ke Poliklinik Komuniti bagi tujuan minum air gula. tujuan minum air gula ni nak monitor paras gula dalam darah. normally orang yang berat badan naik mendadak, melebihi yang sepatutnya pada satu2 masa tu akan disuruh meminum air gula ni. Bagi kes teman, bila teman tanye puan misi tu kenapa nak kena minum gak, sbb rasa nya berat teman tader la naik melebihi sepatotnya. dia kata sebagai pemantauan sebab teman mengandungkan kembar, sbb tu teman disarankan minum air gula ni.

Proses nak minum air gula ni renyah gak. bukan macam minum air gula yag slalu kita sental tu (air gula sirap). pada ibu mengandung yang nak buat ujian paras gula (minum air gula) ni diarahkan untuk berpuasa dari jam 12tengah malam sebelum nye sehingga la selepas 2 jam air gula diminum. rasanya mana2 pesakit yang nak cek paras gula pun sama jer prosedur nye. So, malam tadi teman tu mula la tak makan dari jam 12tgh malam. pagi2 seawal jam 7.50am teman dah ada kat kinik. Misi tu dah pesan, "Puan datang by 8am yer. kalau datang 9am, kita terpaksa bagi appointment lain. kita tanak la nanti puan lambat minum air gula tu, nanti puan lambat la dapat makan. sian plak nanti lapar". Maka atas sbb kata2 misi tu teman pun awal le keluar rumahnya. sampai2 kinik tu bukan nye terus diberi kita minum air gula. lepas dah amek no.giliran, tunggu la pulak misi2 tu mencari2 buku rekod teman. dah dapat buku rekod, baru ler teman di arahkan ke bilik utk proses minum air gula ni. Sudahnya, 9 pagi jugak giliran teman sampai utk masok ke bilik rawatan tersebot.

Ok, bila dah masuk dalam bilik tersebut, perkara pertama yang dilakukan adalah darah teman di ambil. kemudian, baru la teman disuruh minum air gula. mak aih, segelas  tu kena minum. Sblm tu, member teman dah kabo dah 'keenakan' dan 'kuantiti' air gula yang teman nak kena minum. mula2 seteguk dua, teman ok lagi. tapi bila dah sampai separuh gelas, teman dah rasa kembang2 tekak dah. mau idak nye. udah ler manis bebenor, suam2 kuku laks tu. adeh.... dekat 3-4 minit gak teman amek utk abehkan segelas air gula tu. Sesudah itu, teman disuruh tunggu sehingga nombor teman dipanggil sekali lagi. jangkaan masa, kira-kira lagi 2jam. dalam masa dua jam tu, teman taleh makan dan muntah. kalau muntah, kira batal, kena wat ari lain. nasib baik ler boleh minom air kosong. So, teman pun menunggu la di luar. 15 minit berlalu...adeh, teman dah mula rasa pening.tekak dah mula rasa nak muntah. sabo, sabo. teman beli air mineral sebotol. try minum. minum la seteguk dua, bagi ilang rasa air gula tu. masuk minit ke 30.adeh, taleh tahan. teman paksa diri tido. hampir 30 minit gak teman tertidur. bangun jer dari tido, aiseh, baru 10.15...adeh deh deh.. tapi mujurla dah kurang sikit pening dan rasa nak muntah tu. Akhirnya, kira2 jam 10.45 nombor teman di panggil....

Kali ni, sekali lagi darah teman di ambil. tapi result nya hanya akan diketahui pada lawatan akan datang melainkan perlu perhatian (ada problem la tu). Okla, pada mana2 ibu yang akan menjalani proses minum air gula ni, selamat ler yer...

DAAAAAA........

Tuesday, May 17, 2011

3D Scanning

Semalam (16 Mei 2011) teman ada appointment di Hosp. UMRA untuk 3D scanning. tujuan scanning ni tak lain tak bukan nak lihat dengan lebih jelas keadaan babies, termasuk la fizikal mereka. Alhamdulillah kedua-dua baby teman ni sihat dan sempurna. bagi pasangan lain, mungkin melalui 3D scanning pada usia kandungan 5bulan macam teman diorang dah buleh nampak rupa baby mirip kepada siapa, tapi tidak bagi teman. ini mungkin disebabkan keadaan babies teman yang agak kecil. yer la, udah kalau dua orang berkongsi bilik dengan rahim mama diorang yang tak bape nak beso, sah2 la tak sebesar saiz baby lain yang seusia mereka. yang pastinya, kedua-dua anakanda teman sedang melambai2 tangan semasa technician tersebut mengimbas keadaan mereka. kami buleh lihat mereka berdua saling cuba menggapai di antara satu sama lain.

ini le gambaran kedudukan babies teman semasa scanning smalam. Twin A nampak dan memang pun berisi sikit dari Twin B. Berat Twin A masa ni dah 506g, while Twin B baru 493g. Masa technician tu letak jer probe dan nampak kedua2 baby ni, technician tu pun cakap yang A ni dapat lebih banyak makanan berbanding B. tapi pendapat teman, kedua2 baby ni dapat kuantiti yang sama rata, cuma disebabkan Twin B ni lebih aktif dan agresif, sbb tu dia lebih ringan. ala, macam kita yang dah dewasa ni jugak la. teori kadar metabolisme. disebabkan baby B tu lebih aktif, banyak tenaga yang digunakan, maka kurang la berat nya. yang A ni lebih santai, so, tak banyak la tenaga yang digunakan...hehehhe. ni ada gaya twin B ikot mama nye, cute miut slim, twin A ikot ayahnya :p

U olz mesti nak tau ape jantina anak2 teman ni kan? hehehehe. ape kata kita biarkan rahsia dulu sampai baby ni keluar. baru la suprise kan???? buat aunty-aunty uncle-uncle yang merancang nak adiahkan baju atau ape2 hadiah mengikot tema boy or girl, tunggu la sampai 'kami' lahir dulu, nanti baru belikan.. oK??hehehehhe.

Oh yer, smalam kawan pejabat teman eksiden. sian dia. lebih kesian lagi, sian puding caramel yang dibawaknya semata-mata untuk teman (sbb ari jumaat lepas teman tetiba terasa nak puding caramel). abeh jatuh ke bumi. tapi masih boleh dimakan sbb yang jatuh tu loyang nye. isi dalam tak terkeluar pun dari loyang. so, semasa lunch break smalam, teman dan opismates teman yang lain jengok la kawan yang excident ni, semata-mata nak makan puding caramel ni. hahhahha. to wawa, get well soon! Sodap puding caramel ko buat wa!!!

ok la seme...till we meet again. byeee

Wednesday, May 11, 2011

22 weeks pregnant

From http://3dpregnancy.parentsconnect.com/calendar/22-weeks-pregnant.html

Your Pregnancy: Week 22
If your list of baby things to do seems to be getting longer the bigger you get, don't stress out. Make a pact with your partner that one day or evening a week, you'll do something that has nothing to do with the baby. How about the latest Anne Hathaway flick and dinner?

Wondering what's up with your body, your baby and your life this week?


Your Body
Sadly enough, eating for two doesn't mean loading up on milkshakes and hamburgers and doubling your caloric intake. Instead, an average pregnant woman needs about 300 extra calories each day, which can be as little as a handful of trail mix or a small smoothie. If you're craving a little ice cream, go ahead and indulge, but if you need it for breakfast, lunch and dinner, try to find a healthy substitute like sugar-free soft serve or fro yo.

Sometimes it's easier on pregnant stomachs to eat five or six small meals each day than three large meals. Make sure to keep a stockpile of pregnancy-friendly snacks like crackers and cheese, pudding or a breakfast bar, so that you'll have something to gnaw on throughout the day. Don't let your hungry coworkers (or your partner) know where you keep your stash.



Your Baby
Your Mini's hands have grown bigger and stronger and the nerve endings in her fingers have developed her sense of touch. She's in there testing out her newfound abilities by touching her face and grabbing the umbilical cord. Other cool developments:

You're already raising a little Einstein. Your baby's brain is developing at a clip this week and will continue to do so until she's five years old (so load up on the Omega 3)!

Baby's hair is now a short, bright white crop (Billy Idol, eat your heart out!). No matter what color it will end up—red, blonde, black—all babies' hair lacks pigment at this point.

Your baby has started growing taste buds and may be able to detect strong flavors in the amniotic fluid. If you could see inside, you might catch her sticking out her tongue for a taste and then grimacing, a sign that perhaps you should chill on the chili powder.

Your baby now weighs almost a pound and measures almost 11 inches from her head to her heel, which is how the Stretch Armstrong in your uterus will be measured from here on out. Up 'til now your baby's legs were curled tight up against her torso, so she was measured from her head to her bottom (or crown to rump) and not head to toe. This week your mini is about as long as a package of Oreos and as heavy as a large bag of tortilla chips. Who's hungry?

Your Life
For the first year of your baby's life, your pediatrician will be a serious VIP, so do some research before you make your decision.

Try talking to your OB and your family practitioner. They have great professional contacts and know the right ped for you. Pump your friends, birthing classmates and relatives for information as well. Once you have a list of potential candidates, carefully and completely interview each one.

Even if you've been putting everything else off, make this one a priority. You may have missed the boat on ordering nursery furniture, but this is one thing you need to be on the ball about.

While you're not putting things off, now might be a good time to start thinking about comfort items for your hospital bag. Better yet, use it as an excuse to buy a new bag. 

Monday, May 2, 2011

Another new coming family member in the family

Hihihihih.. best tak tajuk?
Sempena cuti Hari Pekerja, teman dan suami serta abang ipar dan isterinya pulang ke kampung. kelebihan teman, kampung mertua dan kampung makayah teman satu kapal. walaupun berlainan daerah tapi jaraknya hanya la lebih kurang 30km. Ok, yang teman nak cerita ni bukan ler pasal kampung teman hatta kampung suami teman tapi berita gembira buat keluarga kami.

Kira-kira setahun sebelum teman dan suami mendirikan rumah tangga, abang ipar teman (abang kepada suami teman ) terlebih dahulu mendirikan rumahtangga. namun belum rezeki mereka suami isteri masa tu untuk menimang cahayamata. Ini disebabkan kakak ipar suami teman (biras teman ler tu) telah menjalani pembedahan kecil untuk membuat satu ketumbuhan kecil (teman tak sure lokasi nye) pada kira-kira bulan June 2010 lalu.. Kalau ikot pengetahuan teman, bila sesorang tu baru menjalani pembedahan, especially yang melibatkan hal2 peranakan, perlukan masa untuk penyembuhan sebelum dapat mengandung. Oleh sebab itu, semua ahli keluarga pun tak pernah bertanyakan ape lagi mendesak perihal anak kepada mereka..
Mungkin sudah rezeki mereka, baru-baru ini biras ku disahkan hamil, 7 minggu. Alhamdulillah. Teman dapat tau berita ni pun dari suami teman. sebelum teman dapat tau tu, ada jugak la mak sedara suami teman bertanyakan kepada teman tentang hal tu (biras teman pun pregnant) tapi teman mati2 menafikan yang teman tau ape2. Bila suami teman maklumkan kepada teman berita tu, teman terus rasa sebak. bukan sedih, tapi sangat gembira... Doa teman dimakbulkan :).

Pernah dulu teman bercerita pada mama teman walaupun teman gembira dan tak sabar menunggu kelahiran anak teman, tapi teman tetap ada rasa duka sbb terkenangkan biras teman yang pastinya mengharapkan juga peluang seperti teman ni. Mama teman memujuk dengan menceritakan bahawa jika ada rezeki insyaAllah boleh berjangkit (ingatkan demam jer berjangkit, rupanya mengandung pun leh berjangkit erk). ini adalah berdasarkan pengalaman mama teman sendiri yang mana kakak iparnya yang telah berkahwin selama tiga tahun akhirnya disahkan pregnant bila mama teman juga disahkan pregnant.

Berbalik pada kisah biras teman, insyaAllah tempoh bersalin nya adalah pada 15 December 2011, teman pula insyaAllah pada 15 September 2011. Mudah-mudahan kami berdua bersama-sama anak-anak kami akan selamat melahirkan dan dilahirkan. AMin....

Wednesday, April 6, 2011

First visit to Klinik Kerajaan

Pagi tadi teman dan suami pertama kali pergi buat pemeriksaan kat klinik kerajaan. Nak dapatkan pas masok ke hospital kerajaan utk bersalin nanti (buku merah la tu).memandangkan ini first visit, so pendaftaran nye agak leceh dan mengambil masa. Kami tiba jam 8.30. tunggu turn utk di ambil info utk dimuatkan dalam buku merah beserta dengan timbang berat dan ketinggian. hari ni, berat badan teman mencecah 40.1kg. naik kira2 3kilo dalam masa dua minggu, ketinggian pulak 155.5 (mesin pengukur menipu. teman 156 la). Sesudah maklumat diberi, teman di arahkan ke kaunter 21 utk men'jentik' jarum di jari bagi menentukan tahap kepekatan darah. Seterusnya ke kaunter 23 utk ujian air kencing sebelom diarahkan ke bilik 25 utk sampel ujian darah. dekat 1 jam setengah jugak la proses2 tu tadik. kendian, teman berjumpa pula dengan jururawat sebelum berjumpa dengan Doctor. (gile punya banyak orang kena jumpa hari ni).

Masa bersama jururawat, degupan jantung baby di imbas, tapi guna portable sound scanner jer. tader ler tengok rope bayi teman. takat dengar bunyi jantung la. bayi2 teman berada di kiri kanan teman. kira macam kat buah pinggang kiri kanan masing2. degupan jantung OK. seorang 151, seorang 145-150.  Seterusnya, semasa berjumpa Doc, baru ler ada wat scan. tapi tak secanggih kat Hosp. Umra. gambar nye tak jelas sangat. teman tak nampak pun, sbb monitor di tepi kepala teman. sang suami jer le yang tengok dan hangguk2 (kunun paham le ape yang doktor cakap).

tapi ape yang teman nak share kat sini layanan klinik tu tak best. naseb baik la sebab tak kuar seduit pun, redha jer la. Doktor nye langsung tak friendly. Memandangkan teman ni bawak anak kembar, Doc perlu merujukkan teman ke hospital untuk dirujuk kepada pakar. So, beliau pun bertanya la nak dia rujukkan kami ke hospital mana. bila teman dan suami terkial2 nak buat keputusan, dengan selambanya Doc tu sound " boleh cepat sikit tak, I ada banyak lagi patient". Huh! naseb baik la aku tak bayar upah kau Doc oi.....( cakap dalam ati jer). kira2 pukul 11.30am baru la segalanya selesai.

Friday, March 18, 2011

Alahai alahan...

Alahan..... Kebanyakan Ibu hamil pasti pernah mengalami alahan. tak teruk pun sikit2 kompom ada. Teman? Alhamdulillah, teman tader mengalami alahan dari segi tak lalu makan. Setakat ni seme nye teman makan jer asal terliur dan teringin. Tapi lepas makan tu, sendiri mau ingat la kan. kalau dah makan menda pedas, pijar la perot. kalau dah makan benda berlemak, cepat la muak. Satu lagi yang ketara, lepas makan lidah teman cepat rasa payau.
Apa yang teman alah lebih kepada bau makanan, bau masakan. ini teman dah share dah dalam episod yang dulu.
Yang teman nak share kali ini adalah alahan yang berlaku ke atas suami teman. kesian sang suami. Jumaat lalu (dah seminggu dah masok ari ni), suami teman mula mengalami demam on off. bukan demam sikit2, tapi demam panas yang menyentap urat2 saraf. sakit tuuu. Kisahnya bermula pada pagi jumaat lalu, sang suami bangun tidur badan dah panas, tapi di gagahkan juga diri untuk ke pejabat. Sekembalinya dari pejabat, jenoh la berkelubung sbb dah sangat letih. Suhu badannya time tu memang sangat panas la. tapi setelah berkelubung dalam gebor, peluh pun keluar, panas pun berkurangan. Bila sang suami dah segar sedikit, kami pun bertolak balik ke kampung. Setibanya di kampung (rumah mak pak teman), demam sang suami menyerang kembali. Maka berkelubungla beliau ketika tidur. Alhamdulillah, keesokan harinya suhu badan kembali turun. Selepas makan tengahari kami bertolak ke rumah mak mertua teman pulak. Alhamdulillah tiada masalah sehingga la tiba time tidur. demam sang suami menyerang kembali. Sehingga la ke hampir separuh hari keesokkannya, badan sang suami agak panas. ditambah pula tiada selera makan. Maka bermula hari itu, tiada lah sang suami teman berselera untuk makan. Mau tak mau, makan tetap kena makan, perot tetap kena isi so digagahkan la juga untuk menyuap makanan ke mulutnya.

Sehingga ke malam tadi, setelah hampir seminggu, suami teman tiada selera makan. katanya ulu hatinya terasa pedih dan tegang (seperti yang teman pernah alami masa awal2 mengandung). Sian sang suami. Buat sang suami, sabar la yer bang. esok2 ok la tu. Allah nak kasik abang kongsi kenikmatan nye aye mengandung ni :)
Aye sayang abang sangat-sangat. Lebiu...hihiihihi

Thursday, March 17, 2011

12-16 weeks pregnant with twins...

Dipetik dari twins-store.co.uk


At twelve weeks, your once called embryo is now called a fetus. At twelve weeks each of your developing babies will weigh approximately 20 grams. At the beginning of week 13, each of your twins will resemble the familiar tadpole looking image. Although the babies do not have any obvious organization of movement yet, if seen on ultrasound you will notice reflexive motions. By 16 weeks the twins will each weigh around 120 grams. They will also reach a length of about four inches long. By sixteen weeks, the developing twins can swallow and the kidneys begin to operate. The production of urine by the fetus contributes to the amniotic fluid. Your babies are now beginning to show some control over its environment. 
In most pregnancy, nausea should be diminishing or may even be completely gone
. You should be enjoying a hearty appetite now. At times you may feel ravenous and that is okay and is expected. Follow the dietary guidelines that your midwife has given you and enjoy nourishing your babies. If you are still experiencing cravings, that is fine, but do discuss any extreme cravings with your doctor. You may need an additional supplement or vitamin.
Vaginal discharge that is white and creamy in texture is common and should not be cause for concern
. Any discharge that is any color besides white or is associated with other symptoms should be reported to your midwife.

You may notice that you are not getting as much sleep as you are used to. Your sleep can be disturbed by the need to urinate, increased dreaming, heartburn or other reasons. Find a comfortable position and try to get as much rest as possible, a birthing support could help. It is hard work to carry a twin pregnancy and you need to be fair to your body and let it rest often.

Many women complain of an increase in headaches. If you experience severe and/or frequent pain, you should report it to your midwife. Do not take any type of pain reliever without the consent of your medical team. Best to try a relaxing bath with calming music, eating and drinking often, rest in a darkened room or a soothing compress over your eyes. Hormone production may be the cause of migraine headaches. Many environmental, food, hormonal and lifestyle triggers cause migraines. Avoid air pollution, smoke, fumes, bright lights, alcohol, aspartame, caffeine, chocolate, dairy products, fatty foods, MSG, nuts, and physical exertion. Depression, stress and anxiety can also lead to migraines.

At this point of the pregnancy, maternity clothes are probably a must. You may be outgrowing your pants as your waistline expands. Mums of multiples experience this earlier. Maternity bras are very important also, and many find a belly bra useful to help support the babies. Purchase or borrow clothes that will last the entire pregnancy, or consider clothes extenders such as the Gro-group ones on the site.

Swelling of the feet is a common complaint also. The extra weight in your abdomen has the effect of increasing the curve of your spine. Wearing trainers and propping your feet up throughout the day should alleviate discomfort. 
Ongoing Symptoms 
Increase or decrease in saliva
Anemia
Food cravings
Increased heart rate
Constipation
Leaking from nipples
Nasal stuffiness
Breast tenderness
Bleeding gums
Heartburn
Breathlessness
Sensitivity to sun
Change in sexual desire
Fatigue
Stretch marks 

To Consider This Month 
Maternity clothing
Start purchasing necessary baby supplies
Any testing that needs to be done 
At The Doctor 
Your doctor will be assessing many factors of the pregnancy at this checkup. Address any questions or concerns at this time. You may have an ultrasound to assess the babies condition. Your caregiver will most likely offer you the AFP test to check for abnormalities. Your caregiver will also be checking:
1.Weight gain
2.Blood pressure, pulse and respiratory rate
3.Heart and lungs
4.Breast exam 5.External palpation of the uterus
6.Measure height of fundus
7.Check fetal heartbeat
8.Urine screen for blood, sugar and bacteria 


http://www.twins-store.co.uk/epages/62046134.sf/en_GB/?ObjectPath=/Shops/62046134/Categories/Advice_Share_twins_tips/%22Week%20by%20week%20Twin%20pregnancy%20calendar%22

Perkembangan bayi kembar di dalam rahim

Di petik dari www.babycenter.com




http://www.babycenter.com/fetal-development-twins-images-4-weeks

Gambar scan babies...


Ni pulak gambar scan babies untuk visit yang ke-empat.



Dedua gambar ni baby yang sama. Nampak tak gambar yang kedua tu, baby tu tengah isap jari. jari tangan tau, bukan jari kaki.... Scan ni teman buat pada 19 March 2011. Visit that time, again teman dapat Dr. baru, kali ni Dr. Patrick. Alhamdulillah Dr. Patrick ni pun friendly.


Ni pula gambar scan baby yang lagi sorang. tak bape clear sangat image yang diprint oleh Dr. Apa2 pun alhamdulillah dua-dua nya sihat masa ni. 


Yang di bawah ni pula gambar scan terkini, pada visit teman Sabtu lepas, 16 April 2011. Daripada scan, nampak macam sharing satu uri jer dua2 anakanda ni. masa tengah scan tu, salah sorang baby ni tengah ala2 menonggeng. Ready nak lari kot. leh jadi pelari pecut nanti ni, boleh replace mama dia nanti. yang lagi sorang pulak tengah bersantai, duduk silang kaki. oleh sebab kedua2 posisi anakanda ni aktif sangat, tak dapat la nak tengok dan kenalpasti jantina diorang. Diorang macam nak kasik suprise kat parents diorang ni jer.... hehehhe.. Anyway, harap2 boleh la tahu jantina mereka supaya mudah untuk buat persiapan nanti. 

Bercakap pasal baby dalam kandungan, takziah buat kawan sekerja teman dan isterinya yang baru kehilangan anak di dalam kandungan. Kandungan Kak Ina dengan teman berbeza lebih kurang 2-3 minggu jer. Masa diorang gi wat checkup few days ago, Dr. detect yang baby mereka tiada perkembangan, i.e sama macam last visit. Bila check degupan jantung, baru realize baby dah takde. Dah tiga minggu baby tu meninggal dalam rahim. AL-FATIHAH untuk baby tersebut. Takziah sekali lagi.....

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
 Ini ler image first scan teman ari tu, bertarikh 24 Januari 2011. Masa ni tak confident sangat lagi akan dapat twin sbb banyak sangat cerita dari kawan2 yang diawal bulan kehamilan diorang Doc nampak ada dua janin. tapi dah tengah2 bulan kehamilan, satu saje rupa-rupanya.

 Ini pulak image kali ke3 teman scan bertarikh 4 March 2011. dah nampak lebih jelas ada dua janin. So, kompom dengan izin yang maha kuasa, ALLAH SWT teman memang membawa dua janin di dalam rahim teman. Teman dan sang suami bersyukur sangat-sangat.

Tak sabar menunggu saat teman dapat merasakan pergerakan anak2 teman ni nanti. Melainkan kalau kulit perot teman ni tebal bebeno, susah sikit kot nak merasakan pergerakan mereka ni nanti. Tak kisah la teman dapat rasa ker tak, janji anak2 teman sentiasa sihat dan aktif di dalam rahim teman ni.

Tuesday, March 8, 2011

Menjelang minggu ke 12

Kalau dikira-kirakan, usia kandungan teman hampir2 mencecah 12 minggu. Menjelang bulan ke-3 atau minggu ke 12 ni, bertambah kuat la dugaan yang teman perlu hadapi dari segi kesihatan diri. Teman dah semakin kerap muntah dek sebab loya. kalau sebelum ni cuma selepas makan (ekoran makan secara melebihi had), tapi sekarang, sekiranya teman lewat mengisi tangki selepas kira-kira 3 jam dari masa terakhir teman makan, kompom teman akan pening, loya dan seterusnya muntah. Muntah nye walaupun dalam kuantiti yang sikit, tapi perit (pedih tekak) nya tak terkata.

Beberapa hari lepas (Jumaat, 4 Mac 2011), teman pergi ke Hospital Umra untuk sesi kaunseling dengan doktor pakar. Kalau korang mengikuti blog teman ni, dalam cerita yang lepas ada teman kisahkan yang Dr. meminta teman datang ke hosp pada hari Khamis berikutnya (3 Mac 2011), namun atas alasan sibuk dengan meeting, teman postpone appointment tersebut ke hari berikutnya. Sepatotnya teman perlu berjumpa dgn Dr. Rafi, tapi teman diberi Dr. pakar yang lain dan Dr. ni adalah lelaki.

Di pendekkan cerita, Dr. tersebut menyatakan tujuan Dr. Rafi mengaturkan sesi kaunseling tersebut. rupa-2nya lebih kepada nak beri motivasi kepada teman yang sedang mengandungkan dua orang ni.  Doc ni agak sporting. Beliau merupakan bekas Dr. pakar d HKL. Memulakan khidmat di Hosp. Umra ni kira-kira dua bulan yang lalu sbb tak mau bertukar ke johor. heheheh.

First thing yang Dr ni ucapkan ketika teman dan suami masuk ke bilik nya adalah dengan menyakat suami teman. "First time teros dua erk"....sambil tersenyum sinis. Sebaik saja aku duduk di kerusi, Doc tu pun terus bertanyakan keadaan aku. Menurut Doc, walaupun teman tak makan makanan berempah atau pedas, tapi masih merasakan perut teman pijar, ini terjadi kerana disebabkan hormon (progesterone & estrogen) yang terhasil. memandangkan teman membawa dua orang sekaligus, maka kekerapan dan kadar pembentukan hormon tersebut berganda lah berbanding dengan ibu-ibu yang membawa seorang sahaja bayi di dalam kandungan nya. Begitu juga dengan keadaan letih yang adakalanya berganda dari keletihan selalu. Betapa baiknya Doc tersebut hinggakan beliau siap berpesan, kalau very tired, need rest, just come here and I'll give you MC.

Seterusnya, Doc nak scan la. Tapi, disebabkan dari pengalaman dua kali yang lepas, teman punya cara scan lain macam sket, teman rasa segan la plak. Dengan jujur dan ikhlas, teman cakap kat Doc tu, leh tak kalau panggil Doc perempuan yang scan sbb dua kali sebelum ni, I scan ikut bawah sbb tak nampak dari atas. Doc tu senyum jer, dan memaklumkan kepada teman yang teman tak perlu risau. sekarang kandungan dah besar, sepatutnya boleh nampak dengan jelas walaupun scan dari atas. Malu je teman. Kendian, suami teman bertanyakan pada Doc tersebut, bagi memastikan teman betul2 mengandungkan dua orang bayi. Ini adalah kerana terdapat banyak sangat cerita dari kawan-kawan bahawa sebelum ini ada saja kes orang menyangkakan mereka mengandung twin tapi bila keluar cuma seorang. So, Doc tu pun menerangkan kepada kami bahawa perkara yang berlaku seperti yang diceritakan orang tersebut adalah kerana tiada perkembangan atau pembesaran berlaku kepada 'bayi' yang disangka kembar tersebut sebaliknya ia telah diserap oleh bayi yang seorang lagi. Teman tak paham ayat2 saintifik Doc tu, tapi jelas dan faham la apa yang cuba disampaikan oleh Doc tersebut. Kata Doc tu lagi, kami tak perlu risau kerana memang terbukti jelas terdapat dua orang di dalam kandungan teman sekarang ni.

Semasa di scan, teman dapat lihat dengan jelas dua kandungan tersebut. Kelihatan bayi 1 teman lebih aktif, sbb masa Doc tengah scan tu, baby ni duk menggerak2kan kaki dan tangannya. Ala2 goyang kan badan gitu. Manakala baby ke2 pula lebih rilex. Teman pun bertanyakan kepada Doc, kenapa baby yang ni diam jer. Jawab Doc tu, mungkin dia kekeyangan sbb makan banyak zat nasik lemak yang awak makan breakfast tadi. hihihihi... Apa-apa pun, alhamdulillah, degupan jantung kedua-dua anakku ini sihat. Cuma skarang ni belum tahu lagi jantina dan rupa mereka. Tak sabar rasanya bila boleh dapat gambaran rupa mereka.

Oleh kerana teman membawa dua orang, Doc menyarankan agar check up dilakukan lebih kerap hingga ke minggu 32 iaitu selama setiap dua minggu . Teman perasan yang Doc tu sebut hingga ke minggu 32. Teman teringat kisah yang teman baca dalam Pa&Ma edisi March di mana ibu tersebut melahirkan anak kembarnya pada usia kandungan 32 minggu secara normal. Menurut pembacaan aku, kebanyakan kelahiran kembar adalah kelahiran pra-matang, ini disebabkan bayi dah tak cukup kawasan rehat di dalam rahim ibu nya. Al maklumlah, satu rumah yang biasanya utk sorang kena share berdua. kompom la sempit kan. Nak-nak pulak bila rumah yang dihuni nya, alahai sangat la comel, macam rahim teman ni ha. So, teman kena lah bersedia dari segi mental dan fizikal teman tatkala masuk saja minggu ke 32. Oh yer, satu lagi pesan Doc tu, bersedia juga lah dengan kemungkinan bersalin secara bedah (kalau kat klinik kerajaan espc HKL) sbb teman mengandung kembar terutamanya jika tempat bersalin cukup bulan. Kata Doc tu lagi, hospital kerajaan tanak amek risiko ibu yang bersalin kembar melahirkan secara normal sbb banyak kes yang telah berlaku di hospital kerajaan, tu pasal diorang 'paksa' ibu-ibu yang nak melahirkan bayi kembar ni secara tingkap. Ngeri lask dengar. Tapi bila teringat balik kisah di Pa&Ma march, teman yakin InsyaAllah boleh melahirkan secara normal.

Satu lagi pesan Doc teman, jangan amek ape2 supplement sepanjang tempoh kehamilan. di pasaran kan banyak sangat produk online utk ibu-ibu hamil, so berhati-hatilah especially produk Salindah. ni teman tak buat cerita. Doc tu sendiri yang sebut. Mujur teman tak beli dan start makan produk salindah tu (sbb teman tak cukup duit nak beli, tu pasal tak beli2). Doc tu kata, dah ada kes di HKL sbb makan produk macam ni. antaranya adalah kes tumpah darah sampai terpaksa buang rahim... Nauzubillah.... Doc tu cakap lagi, cukup dengan ubat yang Doc dah bekalkan (Folic acid dan obimin). tak perlu lagi nak pandai2 makan itu ini....

Okla, itu saje yang teman nak share wat kali ni. daaaaaa

Tuesday, March 1, 2011

Hari-hari seorang mama-to-be

Sabtu yang lalu, teman pergi ke Hospital Umra untuk membeli bekalan folic acid. Kebetulan masa sampai di hosp berkenaan, selepas memberi maklumat yang petugas perlukan, teman bergegas ke toilet untuk memuntahkan isi perut yang berlebihan. (Ini angkara makan laksa di rumah sahabat yang buat sambutan hari lahir anaknya secara overdos). Sebaik keluar dari toilet, petugas tersebut memanggil teman kerana Dr. ingin berjumpa. Tapi bukan Dr. Sugita atau Dr. K, sebaliknya Dr. Rafi. Dr.Rafi meminta teman datang ke hosp pada hari khamis berikutnya untuk pemeriksaan lanjutan ke atas kandungan teman. Teman tanya la nak check apa, kerana seingat teman, lawatan teman yang berikutnya adalah pada 3 minggu dari my last visit (15 Feb 2011). Menurut Dr. Rafi, beliau nak pastikan kandungan teman ok memandangkan teman sedang membawa dua orang baby di dalam rahim teman. Risau pulak teman bila tetiba Dr. suruh datang lawatan earlier dari tarikh yang dijadualkan sebelum ni. Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan baik.

Bercakap pasal  makan laksa di rumah sahabat teman, teman ni bukan ler gemor sangat pun laksa. Bukan taleh makan, cuma kiranya laksa tu bukan la di dalam senarai makanan yang akan teman pilih jika ada pilihan makanan lain. tapi masa kat umah member teman tu, teman ceduk laksa dan kuah nye tak hengat punya banyak. yer la, plan asal nye teman ceduk kan tu utk sang suami la.kira nanti teman tompang-tompang la makan. alih-alih sang suami makan dua suap jer, then dia pass pada teman. alasannya masih kenyang kerepek pisang yang kami sental di kenduri kahwin office-mate teman. (mau tak nya, sebalang kami berdua habis kan kerepek tu. sedap tuuuu).Sudahnya, teman ler yang kena habiskan laksa tu. Mungkin sebab dek kerana kuah laksa tersebut di buat oleh salah seorang lagi kawan teman, sebab tu teman makan tak ingat donia. hahahhaha. penyudahnya, mulai malam tu teman makin kerap rasa loya. maybe sbb tekak tak biasa terima laksa. Untuk makan malam, teman tapau nasi lemak ayam rempah, dua bungkus. teman sebungkus, sang suami sebungkus. Penyudahnya, hanya sebungkus yang teman makan, lagi sebungkus tu berbuang dek kerana suami teman seawal jam 9.30malam dah melelapkan mata kerana kurang sihat. (Sang suami mengadu perutnya terasa 'nugei'(bahasa Perak), penoh berisi gas). Teman mula rasa susah ati. Risau seandainya Allah men'transfer'kan alahan teman kepada sang suami. Sepanjang malam (selagi mata mampu berjaga), teman memicit-micit badan sang suami bagi mengeluarkan angin sambil berdoa dalam hati agar Allah tidak memindahkan alahan teman kepada sang suami. susah oiii kalau dah sang suami alah. Kalau kita ni yang alah, kita masih boleh menjaga diri, tapi kalau dah sang suami alah, dengan keadaan kita plak yang adakalanya lembik, jenuh jugak nak menjaga dua orang yang kurang sihat nie.... Alhamdulillah, doa teman dimakbulkan. Mungkin malam tu suami teman terlebih angin sbb makan tak ingat di kenduri ofismate teman tu.

Bercakap pasal makan lagi, ari tu pun teman dah cerita pasal makan. tapi teman nak share gak lagi. Waktu hamil ni, berhati-hatilah ketika memilih makanan. bukan saja berhati-hati dari segi halal haram nye sumber makanan kita tapi juga kepada jenis makanan yang di ambil. Bukan ape, sebagai contoh. teman memang jenis tak makan pedas sangat, tapi teman tader masalah bila bab makan kari atau makanan masak sambal (contohnya sambal ikan, sambal ayam etc), tapi semua tu seboleh2nya di elakkan bagi mengelakkan perut terasa pijar. Ini teman dah alami sendiri beberapa kali sekiranya teman mengambil kari ataupun masakan lain yang berempah atau bersambal. kompom teman tak senang duduk kendiannya sebab perot terasa panas. kalau dah kita pun terasa panas dan pijar, apatah lagi anak di dalam kandungan kita. pastinya mereka pun merasai kepanasannya. kesian dorang kan.... Bukan tak bagi makan, boleh. tapi kawal la kuantiti nye. cukup la sekadar merasa di tekak...

Ada satu yang teman nak makan dari awal bulan Feb ari tu yang belum tertunai-tunai lagi. (ini bukan ler ngidam sbb dah biasa sangat dah makan cara gini). teman nak makan KFC tapi dengan nasik putih panas-panas. Bile lah nak gi tapau KFC ni......adeh deh deh...

Wednesday, February 23, 2011

Tanda awal kehamilan

Hi semua.. dah beberapa hari teman tak merapu meraban kat blog ni. Ari ni agak kebosanan dan kehilangan daya saing di tempat keje, maka dengan itu teman merajinkan jari jemari teman yang halus mulus ni utk mencoret kan sesuatu pada blog teman ni.

Ari ni teman nak share pengalaman teman dari segi makan dan simptom2 ibu mengandung. dalam nukilan teman yang terdahulu ada teman cerita yang teman tahu secara sahih yang teman ni mengandung setelah kandungan hampir dua bulan. So, selama kira-kira sebulan dua sebelum disahihkan teman ni hamil, ada la juga dua tiga simptom yang teman alami tapi buat-buat tak reti.

Yang agak ketara adalah kekerapan lapar teman. Kekawan teman pun kenal teman ni macamana orang nye, jenis tak makan banyak. tapi semenjak selepas berumah tangga, teman kerap lapar. hinggakan kadang-kadang baru jer lepas breakfast kira-kira sejam yang lalu teman boleh mengadu lapar. hehehhe. bila kekawan mula mengusik yang teman ada isi, teman menidakkannya. alasan teman, perubahan hormon pas kawin kot. tu yang asik lapar. pssst...sesetengah orang cakap, memang lepas kawin ni makin kerap lapar. almaklum la, banyak sangat aktiviti yang sebelum kahwin ni tak pernah di lakukan. hehehhe. Rupa2nya memang ada sesuatu yang berkongsi makan dengan teman. sebab tu ler teman cepat beno rasa laparnya. kalau dulu2 sebelom kawin, nasik tak pernah nye abeh. kalau gi makan ngan sang suami masa bercinta dulu, kompom teman kena order nasik putih separuh. tapi semenjak ada penghuni di dalam rahim teman, teman mampu untuk menghabiskan sepinggan nasi. nyum nyum nyum.

Citer pasal makan ni, alhamdulillah sepanjang dah masuk dua bulan kandungan teman ni, teman tader alah sangat pada apa-apa makanan. Mungkin ada segelintir kekawan teman yang alah dengan nasi, alah dengan itu alah dengan ini, teman Alhamdulillah, setakat ni mampu lagi menghabiskan nasi sepinggan separuh. Cuma kadangkala tu, teman cepat muak bila cium bau benda bergoreng especially yang baru sangat lepas digoreng, bau minyak yang digunakan lepas menggoreng. adeh... Ni dah hampir dua minggu jugak teman tak memasak, tak menggoreng. tapi bukan ler disebabkan tak lalu mencium bau benda bergoreng tapi sebab romah teman udoh habeh gas. Nak beli gas, RM belom masyukk lagi. hehehe.

Berbalik kepada kisah makan dan alahan teman tadi. Masuk jer bulan ke2, teman dah mula rasa angin dan mual. Kadang-kadang bukan saja semasa perot teman kosong, bahkan lepas diisi secukupnya teman akan rasa mual. Hinggakan ada satu malam tu, teman terpaksa mengerahkan sang suami untuk 'menolak' angin dalam badan teman. Urut punya urut, buwweekkk... keluarlah balik buah laici yang baru teman minom semasa makan malam. Maka, keesokannya teman pun bertanya kepada kakak sepejabat teman (yang juga sedang mengandung, anak ke3) kenapa teman kerap angin. Akak tu pun menyarankan kepada teman agar cuba pakai stokin. mungkin sbb keadaan office yang sejuk, menyebabkan angin mudah masuk dalam badan. BUkan saje kat office, malahan kat rumah pun dicadangkan memakai stokin. almaklumlah, kita kan duduk rumah batu, rumah batu ni sejuk lantainya. itu pun boleh menyumbangkan kadar pengaliran masok angin dalam tubuh kita. So, teman pun mengikut la cadangan tersebot,tapi sekejap jer. teman tak selesa sangat berstokin dalam romah, takot terjerombab. Maka sudahnya angin pun masih bertakung la dalam tubuh teman.

Selain dari cadangan memakai stokin, akak tu ingatkan teman agar tidak memakan sayur-sayuran yang angin. Contohnya kacang panjang, kobis, petola, terung...adeh. banyak nya tak leh makan (walopun teman idak ler gile sayur sangat..hehehe). So, mulai hari tu, teman elakkan memakan sayur2 yang tak hijau ni. chewaahhh. Tapi, teman masih mudah angin (bukan naik angin tau). Akhirnya sang suami mengenakan syarat supaya teman tidak meminum ais, kerana ais juga penyumbang kepada angin dalam badan. Ais kan sejukkkk.. So, terpaksa ler teman tak minom ais (bila makan bersama sang suami jer.hehehe. kalau waktu lunch dengan opismate, teman bedal juga ais, tapi minta pekedai tersebut mengurangkan kuantiti ais nye la). Alhamdulillah skarang dah kurang dah la keanginan teman. Cuma bab mual, tekak rasa payau, loya tu masih terasa la. Menurut kata Dr., perkara ni akan berlanjutan sampai kandungan berusia 3-4 bulan. Mudah-mudahan.

Ok, selain dari cepat rasa lapar semasa mengandung ni, terdapat jugak lain2 perkara yang biasa terjadi kepada ibu hamil. kira ni macam tanda2 seseorang itu hamil la kan. Ni teman amek dari website/blog orang lain jugak la...

www.alamhamil.com (http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=123:10-tanda-hamil&catid=36:semasa-hamil&Itemid=58)


10 Tanda Hamil


Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
*******************************************************************************************
Selamat membaca......