Tuesday, March 8, 2011

Menjelang minggu ke 12

Kalau dikira-kirakan, usia kandungan teman hampir2 mencecah 12 minggu. Menjelang bulan ke-3 atau minggu ke 12 ni, bertambah kuat la dugaan yang teman perlu hadapi dari segi kesihatan diri. Teman dah semakin kerap muntah dek sebab loya. kalau sebelum ni cuma selepas makan (ekoran makan secara melebihi had), tapi sekarang, sekiranya teman lewat mengisi tangki selepas kira-kira 3 jam dari masa terakhir teman makan, kompom teman akan pening, loya dan seterusnya muntah. Muntah nye walaupun dalam kuantiti yang sikit, tapi perit (pedih tekak) nya tak terkata.

Beberapa hari lepas (Jumaat, 4 Mac 2011), teman pergi ke Hospital Umra untuk sesi kaunseling dengan doktor pakar. Kalau korang mengikuti blog teman ni, dalam cerita yang lepas ada teman kisahkan yang Dr. meminta teman datang ke hosp pada hari Khamis berikutnya (3 Mac 2011), namun atas alasan sibuk dengan meeting, teman postpone appointment tersebut ke hari berikutnya. Sepatotnya teman perlu berjumpa dgn Dr. Rafi, tapi teman diberi Dr. pakar yang lain dan Dr. ni adalah lelaki.

Di pendekkan cerita, Dr. tersebut menyatakan tujuan Dr. Rafi mengaturkan sesi kaunseling tersebut. rupa-2nya lebih kepada nak beri motivasi kepada teman yang sedang mengandungkan dua orang ni.  Doc ni agak sporting. Beliau merupakan bekas Dr. pakar d HKL. Memulakan khidmat di Hosp. Umra ni kira-kira dua bulan yang lalu sbb tak mau bertukar ke johor. heheheh.

First thing yang Dr ni ucapkan ketika teman dan suami masuk ke bilik nya adalah dengan menyakat suami teman. "First time teros dua erk"....sambil tersenyum sinis. Sebaik saja aku duduk di kerusi, Doc tu pun terus bertanyakan keadaan aku. Menurut Doc, walaupun teman tak makan makanan berempah atau pedas, tapi masih merasakan perut teman pijar, ini terjadi kerana disebabkan hormon (progesterone & estrogen) yang terhasil. memandangkan teman membawa dua orang sekaligus, maka kekerapan dan kadar pembentukan hormon tersebut berganda lah berbanding dengan ibu-ibu yang membawa seorang sahaja bayi di dalam kandungan nya. Begitu juga dengan keadaan letih yang adakalanya berganda dari keletihan selalu. Betapa baiknya Doc tersebut hinggakan beliau siap berpesan, kalau very tired, need rest, just come here and I'll give you MC.

Seterusnya, Doc nak scan la. Tapi, disebabkan dari pengalaman dua kali yang lepas, teman punya cara scan lain macam sket, teman rasa segan la plak. Dengan jujur dan ikhlas, teman cakap kat Doc tu, leh tak kalau panggil Doc perempuan yang scan sbb dua kali sebelum ni, I scan ikut bawah sbb tak nampak dari atas. Doc tu senyum jer, dan memaklumkan kepada teman yang teman tak perlu risau. sekarang kandungan dah besar, sepatutnya boleh nampak dengan jelas walaupun scan dari atas. Malu je teman. Kendian, suami teman bertanyakan pada Doc tersebut, bagi memastikan teman betul2 mengandungkan dua orang bayi. Ini adalah kerana terdapat banyak sangat cerita dari kawan-kawan bahawa sebelum ini ada saja kes orang menyangkakan mereka mengandung twin tapi bila keluar cuma seorang. So, Doc tu pun menerangkan kepada kami bahawa perkara yang berlaku seperti yang diceritakan orang tersebut adalah kerana tiada perkembangan atau pembesaran berlaku kepada 'bayi' yang disangka kembar tersebut sebaliknya ia telah diserap oleh bayi yang seorang lagi. Teman tak paham ayat2 saintifik Doc tu, tapi jelas dan faham la apa yang cuba disampaikan oleh Doc tersebut. Kata Doc tu lagi, kami tak perlu risau kerana memang terbukti jelas terdapat dua orang di dalam kandungan teman sekarang ni.

Semasa di scan, teman dapat lihat dengan jelas dua kandungan tersebut. Kelihatan bayi 1 teman lebih aktif, sbb masa Doc tengah scan tu, baby ni duk menggerak2kan kaki dan tangannya. Ala2 goyang kan badan gitu. Manakala baby ke2 pula lebih rilex. Teman pun bertanyakan kepada Doc, kenapa baby yang ni diam jer. Jawab Doc tu, mungkin dia kekeyangan sbb makan banyak zat nasik lemak yang awak makan breakfast tadi. hihihihi... Apa-apa pun, alhamdulillah, degupan jantung kedua-dua anakku ini sihat. Cuma skarang ni belum tahu lagi jantina dan rupa mereka. Tak sabar rasanya bila boleh dapat gambaran rupa mereka.

Oleh kerana teman membawa dua orang, Doc menyarankan agar check up dilakukan lebih kerap hingga ke minggu 32 iaitu selama setiap dua minggu . Teman perasan yang Doc tu sebut hingga ke minggu 32. Teman teringat kisah yang teman baca dalam Pa&Ma edisi March di mana ibu tersebut melahirkan anak kembarnya pada usia kandungan 32 minggu secara normal. Menurut pembacaan aku, kebanyakan kelahiran kembar adalah kelahiran pra-matang, ini disebabkan bayi dah tak cukup kawasan rehat di dalam rahim ibu nya. Al maklumlah, satu rumah yang biasanya utk sorang kena share berdua. kompom la sempit kan. Nak-nak pulak bila rumah yang dihuni nya, alahai sangat la comel, macam rahim teman ni ha. So, teman kena lah bersedia dari segi mental dan fizikal teman tatkala masuk saja minggu ke 32. Oh yer, satu lagi pesan Doc tu, bersedia juga lah dengan kemungkinan bersalin secara bedah (kalau kat klinik kerajaan espc HKL) sbb teman mengandung kembar terutamanya jika tempat bersalin cukup bulan. Kata Doc tu lagi, hospital kerajaan tanak amek risiko ibu yang bersalin kembar melahirkan secara normal sbb banyak kes yang telah berlaku di hospital kerajaan, tu pasal diorang 'paksa' ibu-ibu yang nak melahirkan bayi kembar ni secara tingkap. Ngeri lask dengar. Tapi bila teringat balik kisah di Pa&Ma march, teman yakin InsyaAllah boleh melahirkan secara normal.

Satu lagi pesan Doc teman, jangan amek ape2 supplement sepanjang tempoh kehamilan. di pasaran kan banyak sangat produk online utk ibu-ibu hamil, so berhati-hatilah especially produk Salindah. ni teman tak buat cerita. Doc tu sendiri yang sebut. Mujur teman tak beli dan start makan produk salindah tu (sbb teman tak cukup duit nak beli, tu pasal tak beli2). Doc tu kata, dah ada kes di HKL sbb makan produk macam ni. antaranya adalah kes tumpah darah sampai terpaksa buang rahim... Nauzubillah.... Doc tu cakap lagi, cukup dengan ubat yang Doc dah bekalkan (Folic acid dan obimin). tak perlu lagi nak pandai2 makan itu ini....

Okla, itu saje yang teman nak share wat kali ni. daaaaaa

No comments:

Post a Comment