Friday, August 19, 2011

The time has come....

Semalam (18 Ogos 2011) teman dan suami berjumpa dengan Dr. pakar (Dr. Revathy) di PPUM bagi membincangkan lebih lanjut perkara berkaitan pembedahan (Caeser) sblm kami bersetuju dengan tarikh yang dipilih. Berikut adalah antara perkara2 yang telah dibincangkan (yang masih teman ingati) :-

1- Mengapa Dr. menyarankan saya menjalani pembedahan berbanding bersalin secara normal?
Jwpn : Ini adalah disebabkan kedudukan bayi ke2 yang melintang. Walaupun bayi pertama berada pada kedudukan bersedia untuk keluar secara normal, namun disebabkan kedudukan bayi kedua yang melintang, dikhuatiri bukan saya baby ke2 gagal pusing (atau dipusingkan) dengan kepala menghala tepat ke laluan keluar, tapi dikhuatiri uri akan keluar dengan cepat mengikut bayi pertama. Sekiranya ini berlaku (uri keluar dengan cepat), maka baby ke2 akan kehilangan bekalan darah.

2- Semasa pembedahan, adakah ibu akan dibius secara penuh atau separa?
Jwpn : Separuh. Ini adalah bagi memastikan ibu sedar (supaya dapat tengok baby sebaik baby keluar) dan bagi tujuan penyusuan ibu selepas baby selamat dilahirkan.

3- Bolehkan pasangan (suami) masuk ke bilik pembedahan.
Jwpn : Tidak. tetapi, ada ruang menunggu di kawasan bilik pembedahan bagi membolehkan pasangan/keluarga menunggu

4- Adakah baby akan diberi susu ibu atau susu formulu sekiranya ibu menjalani pembedahan.
Jwpn : SUSU IBU. Bayi akan segera diserahkan kepada ibu bagi tujuan penyusuan.

5- Sekiranya proses bersalin kali ini adalah secara caeser, apakah saya masih boleh bersalin secara normal kelak.
Jwpn : YA. tiada masalah.
Tambahan jawapan : Hosp. akan beri ubat perancang bagi merancang kehamilan berikutnya mengikut kehendak pesakit.

6- Bagaimanakah pembedahan akan dilakukan bagi mengeluarkan baby ? adakah dua tempat akan di'buka' disebabkan ada dua baby?
Jwpn : HANYA Satu belahan akan dibuat.

7- Berapakah kos pembedahan keseluruhan?
Jwpn : bersedia dalam RM1,200.00.


Ini adalah antara perkara2 yang kami bincangkan dan tanyakan kepada Dr. semalam. Setelah dipersetujui, teman akan daftar masuk ke PPUM (wad bersalin) pada 23hb, 8.00 am dan insyaAllah sekiranya keadaan tubuh dan kesihatan teman diizinkan Allah, teman akan menjalani pembedahan pada 24 Ogos 2011. Doakan semoga teman dan anak2 teman selamat dilahirkan.

Semoga berjumpa lagi selepas teman selamat melahirkan.

Friday, August 12, 2011

35 minggu sudaaa.....

Salam,

Semalam teman pergi check up kat PPUM untuk sekian kalinya. minggu ni dah masuk minggu ke 35 kandungan teman. kandungan teman pun dah semakin berat. Kiranya, dari berat asal 32kg (jangan tak cayer) sblm kawin+ mengandung, smalam berat teman 52.6kg. ehehehehhehe.

Berbanding dengan dua minggu sudah, berat baby 1 teman baru mencecah 1829g manakala berat baby ke 2 sebanyak 1896g. (yang membawa jumlah kira-kira 3.725kg). Untuk sesi scan seterusnya,teman mengandaikan setelah dua minggu, berat setiap seorang akan naik kira2 200g (max). Tapi andaian teman salah rupa2nya. Smalam, melalui scan, dapat la diketahui berat terkini anak2 teman. Baby 1 2421g while baby 2 2469g. So, secara totalnya, anggaran kasar berat yang dibawa oleh teman adalah 4.89kg.

Sepanjang masok bulan ke 8 ni pelbagai dugaan dan cabaran harus teman harungi. pergerakan dah semakin terhad dan perlahan. Kalau nak baring tu, tak boleh main baring jer. perlu perlahan-lahan mengiringkan badan arah yang nak dibaring, kendian baru baring. kalau nak bangun tu, seboleh2nya perlukan bantuan orang. Kalau kebetulan sang suami berjaga, bolehlah minta bantuan sang suami. tapi bulan2 puasa gini, time nak bersahur, kenalah gagahkan diri untuk bangun sendiri walau sesukar mana pun. (almaklumla, suami sedang lena diulit mimpi).

Oh yer, memandangkan skarang dah masuk minggu ke 35, perjumpaan dengan Doktor smalam bukan la sekadar untuk melihat perkembangan kesihatan anak2 bahkan turut berbincang dengan doktor untuk proses kelahiran. Sepatutnya kami dijadualkan berjumpa dengan Dr. Sofea (specialist di PPUM) tapi disebabkan ramaaaaaaaaaaiiii la sangat patient yang perlu perhatian Dr. Sofea, kami di rujukkan kepada Dr. Ainol. Dr. Ainol cakap, dia dipertanggungjawab untuk berbincang dengan kami bagi pihak Dr.Sofea untuk proses kelahiran. So, Dr. ainol ni pun explain la pros and cons caeser and normal untuk kelahiran kembar. Menurut Dr. Ainol lagi, kalau kami pilih untuk caeser, tarikh yang dicadangkan adalah pada minggu ke 37 iaitu pada 26hb Ogos 2011. Aiseh, perancangan teman, kalau dah caeser, teman nak pilih tarikh2 berikut :

1- 24 Ogos : bersempena hari ulangtahun perkahwinan my parents + besday my younger brother
2- 31 Ogos : bukan saja sempena merdeka (leh dapat adiah dari kerajaan, kan?), but also besday my mum
3-8 Sept : besday my sister
4- 9 Sept : tader ape2 tapi cantikkan 090911
5- 11 Sept : sama gak, tader ape2 spesel cuma 110911.

tapi, bila teman request 24 Dr. Ainol kata baby belom cukup 37 minggu time tu. (tapi seingat teman, cycle week teman bermula setiap selasa, which means 23hb tu dah 37 minggu dah). tape, next visit nanti semasa nak confirmkan pemilihan proses kelahiran, akan teman check balik whether boleh tak 24hb. kalau tak boleh, makanya 26hb la yang akan menjadi pilihan. Dr,Ainol kata, orang Melayu yang memilih tarikh sbb caeser kebanyakannya memilih hari Jumaat sbg hari bersalin..

Sekarang, satu persoalan pulak timbul. Macamana kalau teman kena tahan wad lama i.e tak dapat balik kampung beraya? Family teman mungkin tiada masalah untuk turun 'beraya' di KL, tapi boleh ke family mertua teman turun KL di hari raya sedangkan rumah mertua teman tu lah ibarat tempat berkumpulnya kaum keluarga saudara mara suami teman yang lain di hari pertama raya....

Hmmmm......

Additional info on caeser: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/caesarean/

Wednesday, August 3, 2011

Minggu ke 34

Minggu ni dah masuk minggu ke 34 kandungan teman. Ada pernah ketika teman pergi check up pada minggu ke 28, doktor PPUM ni kata teman berkemungkinan mungkin bersalin pada minggu ke 34 kerana ini adalah biasa bagi kandungan kembar. Itu sebagai mentally preparation untuk teman andaikata Allah mentakdirkan teman bersalin pada minggu ini. pada minggu ke 30, teman pergi lagi check up di PPUM, tapi kali ni berjumpa dengan Doktor lain pula, namanya Dr. Prakash. Menurut kata Dr. Prakash, dari pemerhatiannya, beliau tidak meletakkan teman akan bersalin atau lebih tepat lagi MESTI bersalin pada minggu ke 34, sebaliknya bersedialah pada minggu ke 37. Apa-apa pun, tak kira la minggu mana-mana pun, asalkan anak2 teman selamat, teman redha.
Antara caeser dan normal, mana satu pilihan puan-puan? seingat teman, seawal kandungan teman dulu, teman memang beria-ia nak bersalin secara normal (chehhhh, dengan berlagaknya tu). tapi semakin besar kandungan teman, semakin lama teman bersama anak-anak teman ni, ape yang teman pentingkan sekarang adalah anak-anak teman dapat dilahirkan dengan selamat. sekiranya bersalin secara caeser adalah pilihan yang baik, teman akur je atas saranan doktor.

Anyway, kat sini teman nak share tanda-tanda nak bersalin yang teman petik dari
http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/semasa-kelahiran/161-tanda-tanda-bersalin.html


Tanda-tanda bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.
Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin 

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.