Thursday, May 26, 2011

PPUM

Smalam teman pergi ke PPUM, untuk 'register a.k.a booking' nak bersalin kat sinun. Style PPUM ni, kalau u bukan nak bersalin kat PPUM, usah la gatal2 nak pergi check up (walaupun di refer oleh Dr. Klinik kerajaan yang u buat check up tu atas apa2 reason pun) kat PPUM tu. diorang takder nye nak layan. Melainkan u all memang nak bersalin kat PPUM tu. tapi, once the jururawat kat kaunter pertanyaan tu tanya 'awk nak bersalin kat sini ke tak?' and u jawab "ha ah", then you kena la bayar dulu deposit untuk perkhidmatan diorang. deposit di sini adalah kos bersalin secara normal iaitu RM500.00. Itu deposit utk bersalin. ada satu laks lagi kos. kos perkhidmatan Dr. iaitu RM31.00 (bukan pakar). kalau pakar, RM41.00

Selepas menyerahkan borang, membuat bayaran upah Dr. (RM31.00), dan membayar deposit bersalin RM500.00, teman pun di arahkan masok ke bilik menunggu B pulak. Di sini, first thing yang dibuat adalah urine test. Mujur teman dah minom air gula jumaat lepas di klinik kerajaan, kalao tak, diorang suruh teman minom air gula lepas urine test tersebut. Lepas urine test, berat, tinggi tekanan darah pula di ambil. Sementara tunggu Dr. datang (masa tu Dr. tak datang lagi), teman bersama beberapa lagi bakal2 ibu dipanggil ke bilik seminar untuk mendengar taklimat penyusuan susu ibu. Ok la kan, daripada melangu tunggu Dr. yang tak sampai2, ada gak diorang feed kan kita dengan aktiviti berilmiah. dalam bilik tu ada 8 orang semuanya, hanya dua orang termasuk teman yang baru pertama kali nak jadi Ibu. So kira akak2 lain tu dah expert la bab2 menyusu badan ni. Banyak la information dan teknik penyusuan yang betul yang teman dapat semalam. Abih taklimat dalam pukul 10.00 teman kembali menanti giliran untuk berjumpa Dr. Setelah menunggu hampir 20 minit, teman nye giliran pun sampai.

Kali ni teman ditemani sang suami. Masuk bilik Dr. ni, apa yang Dr. ni buat cuma tanya soalan bagi mengisi borang yang ada dalam file pesakit tu la kan. soalan2 nya ermm...soalan2 lazim kepada ibu mengandung la. ada pening, muntah? ada cramp? Ada itu ada ini? Ada lain2 sakit??? abeh sesi soal jawab, Dr. suruh baring atas katil untuk periksa tummy and breast. Macam biasa gak, babies teman ni memang suka ngelak bila Dr. nak check diorang. jenuh gak Dr. nak dapatkan heartbeat baby A teman. Baby B mudah sikit, agaknya masa tu dia tengah rehat, baby A lask tengah ligat. tapi apa2 pun ok la, dedua sihat. Alhamdulillah.

Next, teman di arahkan untuk ambil darah. Huh, picagari kat sepital ni, tak hengat punya besar. lagi besar kot dari size marker pen mak teman. nak jadik kisah, teman ni memang masalah sikit bila bab amek darah guna jarom beso. (udoh kalo picagari beso, sah2 la jarom nye pun beso), maka, tak dapat la darah teman di ambil pada suntikan pertama. so Dr. tu ubah plak ke nerve lain, pun tak dapat. 4 kali cuba baru dapat. itu pun dua cubaan terakhir tu terpaksa pakai picagari kecil. dah la tu, aliran darah teman agak slow, so lambat sikit la nak memenohkan picagari tu.. sudah nya dua teman teman bengkak semalam.

Lepas dah amek darah tu, teman kena plak gi ke kaunter Dua, untuk dapatkan tarikh next appointment. Lepas tu, kena plak pergi ke tingkat tiga, bilik ultrasound, untuk booking scanning. gile betul. mana nya tak gila, next appointment is on 14/6/2011, while the scanning appointment date is on 29//6/2011. apsal la nak kena datang banyak2 kali ke PPUM ni untuk perkara yang boleh dibuat dalam hari yang sama. teman pun tak paham kenapa la diorang tak paham yang ibu2 mengandung ni PENAT untuk datang dua tiga kali.  tak boleh ke di buat sekali pada hari yang sama macam klinik swasta. (kalau ada yang terpetik dalam hati nak komen apa yang teman bebel2 ni, pikir2 dulu yer sebelum bersuara. teman ni pakar bab membidas balik apa yang teman komen :)

So, by 11.50 baru la segalanya selesai. perot pun dah berkeroncong sbb tadik pagi makan biskut kering 4 keping jer, so teman dan suami pun melangkah keluar dari PPUM untuk mengisi perot.....

So, itu la kisah teman sepagi di PPUM.....

1 comment:

  1. salam kenal...trjumpa blog ni time gugel2 pasal PPUM :) jemput follow kmbali :)

    ReplyDelete