Friday, May 20, 2011

Air Gula

Hari ni sekali lagi teman ke Poliklinik Komuniti bagi tujuan minum air gula. tujuan minum air gula ni nak monitor paras gula dalam darah. normally orang yang berat badan naik mendadak, melebihi yang sepatutnya pada satu2 masa tu akan disuruh meminum air gula ni. Bagi kes teman, bila teman tanye puan misi tu kenapa nak kena minum gak, sbb rasa nya berat teman tader la naik melebihi sepatotnya. dia kata sebagai pemantauan sebab teman mengandungkan kembar, sbb tu teman disarankan minum air gula ni.

Proses nak minum air gula ni renyah gak. bukan macam minum air gula yag slalu kita sental tu (air gula sirap). pada ibu mengandung yang nak buat ujian paras gula (minum air gula) ni diarahkan untuk berpuasa dari jam 12tengah malam sebelum nye sehingga la selepas 2 jam air gula diminum. rasanya mana2 pesakit yang nak cek paras gula pun sama jer prosedur nye. So, malam tadi teman tu mula la tak makan dari jam 12tgh malam. pagi2 seawal jam 7.50am teman dah ada kat kinik. Misi tu dah pesan, "Puan datang by 8am yer. kalau datang 9am, kita terpaksa bagi appointment lain. kita tanak la nanti puan lambat minum air gula tu, nanti puan lambat la dapat makan. sian plak nanti lapar". Maka atas sbb kata2 misi tu teman pun awal le keluar rumahnya. sampai2 kinik tu bukan nye terus diberi kita minum air gula. lepas dah amek no.giliran, tunggu la pulak misi2 tu mencari2 buku rekod teman. dah dapat buku rekod, baru ler teman di arahkan ke bilik utk proses minum air gula ni. Sudahnya, 9 pagi jugak giliran teman sampai utk masok ke bilik rawatan tersebot.

Ok, bila dah masuk dalam bilik tersebut, perkara pertama yang dilakukan adalah darah teman di ambil. kemudian, baru la teman disuruh minum air gula. mak aih, segelas  tu kena minum. Sblm tu, member teman dah kabo dah 'keenakan' dan 'kuantiti' air gula yang teman nak kena minum. mula2 seteguk dua, teman ok lagi. tapi bila dah sampai separuh gelas, teman dah rasa kembang2 tekak dah. mau idak nye. udah ler manis bebenor, suam2 kuku laks tu. adeh.... dekat 3-4 minit gak teman amek utk abehkan segelas air gula tu. Sesudah itu, teman disuruh tunggu sehingga nombor teman dipanggil sekali lagi. jangkaan masa, kira-kira lagi 2jam. dalam masa dua jam tu, teman taleh makan dan muntah. kalau muntah, kira batal, kena wat ari lain. nasib baik ler boleh minom air kosong. So, teman pun menunggu la di luar. 15 minit berlalu...adeh, teman dah mula rasa pening.tekak dah mula rasa nak muntah. sabo, sabo. teman beli air mineral sebotol. try minum. minum la seteguk dua, bagi ilang rasa air gula tu. masuk minit ke 30.adeh, taleh tahan. teman paksa diri tido. hampir 30 minit gak teman tertidur. bangun jer dari tido, aiseh, baru 10.15...adeh deh deh.. tapi mujurla dah kurang sikit pening dan rasa nak muntah tu. Akhirnya, kira2 jam 10.45 nombor teman di panggil....

Kali ni, sekali lagi darah teman di ambil. tapi result nya hanya akan diketahui pada lawatan akan datang melainkan perlu perhatian (ada problem la tu). Okla, pada mana2 ibu yang akan menjalani proses minum air gula ni, selamat ler yer...

DAAAAAA........

No comments:

Post a Comment