Tuesday, May 17, 2011

3D Scanning

Semalam (16 Mei 2011) teman ada appointment di Hosp. UMRA untuk 3D scanning. tujuan scanning ni tak lain tak bukan nak lihat dengan lebih jelas keadaan babies, termasuk la fizikal mereka. Alhamdulillah kedua-dua baby teman ni sihat dan sempurna. bagi pasangan lain, mungkin melalui 3D scanning pada usia kandungan 5bulan macam teman diorang dah buleh nampak rupa baby mirip kepada siapa, tapi tidak bagi teman. ini mungkin disebabkan keadaan babies teman yang agak kecil. yer la, udah kalau dua orang berkongsi bilik dengan rahim mama diorang yang tak bape nak beso, sah2 la tak sebesar saiz baby lain yang seusia mereka. yang pastinya, kedua-dua anakanda teman sedang melambai2 tangan semasa technician tersebut mengimbas keadaan mereka. kami buleh lihat mereka berdua saling cuba menggapai di antara satu sama lain.

ini le gambaran kedudukan babies teman semasa scanning smalam. Twin A nampak dan memang pun berisi sikit dari Twin B. Berat Twin A masa ni dah 506g, while Twin B baru 493g. Masa technician tu letak jer probe dan nampak kedua2 baby ni, technician tu pun cakap yang A ni dapat lebih banyak makanan berbanding B. tapi pendapat teman, kedua2 baby ni dapat kuantiti yang sama rata, cuma disebabkan Twin B ni lebih aktif dan agresif, sbb tu dia lebih ringan. ala, macam kita yang dah dewasa ni jugak la. teori kadar metabolisme. disebabkan baby B tu lebih aktif, banyak tenaga yang digunakan, maka kurang la berat nya. yang A ni lebih santai, so, tak banyak la tenaga yang digunakan...hehehhe. ni ada gaya twin B ikot mama nye, cute miut slim, twin A ikot ayahnya :p

U olz mesti nak tau ape jantina anak2 teman ni kan? hehehehe. ape kata kita biarkan rahsia dulu sampai baby ni keluar. baru la suprise kan???? buat aunty-aunty uncle-uncle yang merancang nak adiahkan baju atau ape2 hadiah mengikot tema boy or girl, tunggu la sampai 'kami' lahir dulu, nanti baru belikan.. oK??hehehehhe.

Oh yer, smalam kawan pejabat teman eksiden. sian dia. lebih kesian lagi, sian puding caramel yang dibawaknya semata-mata untuk teman (sbb ari jumaat lepas teman tetiba terasa nak puding caramel). abeh jatuh ke bumi. tapi masih boleh dimakan sbb yang jatuh tu loyang nye. isi dalam tak terkeluar pun dari loyang. so, semasa lunch break smalam, teman dan opismates teman yang lain jengok la kawan yang excident ni, semata-mata nak makan puding caramel ni. hahhahha. to wawa, get well soon! Sodap puding caramel ko buat wa!!!

ok la seme...till we meet again. byeee

No comments:

Post a Comment