Keesokkannya, iaitu pada 25 Januari 2011, teman pergi ke Shah Alam untuk berjumpa dengan client. Sebelum jumpa client tu, pergi la breakfast dengan sang suami. Memang gitu ler rutin teman kalau ada temujanji dengan client di Shah Alam, kompom akan breakfast dengan sang suami di luar ajer. Masa tengah duk sarapan tu la teman dan suami berkira-kira untuk buat pemeriksaan di klinik bagi memastikan yang teman ni beno-beno dah mengandung. Segan jugak sebenarnya nak ke klinik ni. Almaklum ler, pertama kali- takder experience. So teman call la dulu kawan teman, bertanyakan pendapatnya dari pengalaman beliau semasa mengandung. Member teman tu dengan semangatnya menyarankan teman agar pergi jugak ke klinik utk buat pengesahan. Siap di ajor nye teman cara-cara nak memaklumkan kepada receptionist klinik semasa pendaftaran.
Maka, lepas selesai temujanji dengan client teman, teman pun pergi la ke klinik bersama-sama dengan sang suami. Memandangkan keme tak ndak buang masa mencari dan pergi ke klinik yang jauh-jauh, keme tekad redah jer mana-mana klinik yang ada di sekitar tempat kerja sang suami. Mak aih, banyak la pulak klinik di Shah Alam ni. Pernah juga ada seorang kawan ni rekemen kan satu klinik (klinik yang dia pergi masa wat check up mengandung anak pertamanya dulu), tapi time tu teman tak ingat nama klinik tu. Setelah puas berpusing-pusing di kawasan tersebut, akhirnya klinik di belakang office sang suami yang jadik tempat di tuju. Hospital Umra namanya.
Setelah selesai pendaftaran, teman pun di panggil masuk mengadap Dr. Doktornya perempuan. Ok la tu kan. Oh yer, sebelom mengadap Puan Doktor ni, teman di ambil ujian tekanan darah dan ditimbang berat. Tekanan darah OK, tiada masalah tekanan darah rendah mahupun tinggi. (teman ni selalu jer berlaku kes darah rendaH.. tak cukup zat ler tu). Berat teman time tu ada lah dalam 36kg jer. sebelum ni, berat teman memang tak sampai pun 35.hehehhe.biar lah rahsia. Di dalam bilik Dr., dan ditemani oleh sang suami, Dr. mengarahkan teman berbaring di atas katil dan beliau pun memulakan kerja-kerja mengimbas (scanning la tu) perut teman utk memastikan teman ada isi. Tenyeh punya tenyeh, puan Doktor gagal mengesan dengan tepat dan gagal memastikan teman ada isi. Maka, puan Doktor tu pun mensarankan utk melakukan pengimbasan melalui laluan bawah (tempat tuuu laa). Alhamdulillah, Dr tu dapat mengesan sesuatu di dalam rahim teman, iaitu janin yang baru terjadi. Lebih menggembirakan, sarung atau plasenta yang menempatkan bayi bukannya satu tetapi ada dua buah yang kelihatan masa proses pengimbasan tersebut. walau bagaimana pun, menurut Doktor tersebut, masih terlalu awal untuk memastikan bahawa terdapat dua janin di dalam rahim teman.(maknanya anak teman yang bakal lahir ni nanti kembo lerr). tapi, ada kemungkinan juga sebuah lagi objek tersebut merupakan sesuatu yang tidak disangka-sangka.
Untuk memastikan itu adalah dua plasenta yang membawa erti dua anak (atau pun kembo), hanya setelah kandungan berusia dua bulan baru dapat dipastikan. Maka nanti kan lah sambungan kisah Kehidupan baru sebagai mama-to-be teman ni.....
No comments:
Post a Comment