Wednesday, April 6, 2011

First visit to Klinik Kerajaan

Pagi tadi teman dan suami pertama kali pergi buat pemeriksaan kat klinik kerajaan. Nak dapatkan pas masok ke hospital kerajaan utk bersalin nanti (buku merah la tu).memandangkan ini first visit, so pendaftaran nye agak leceh dan mengambil masa. Kami tiba jam 8.30. tunggu turn utk di ambil info utk dimuatkan dalam buku merah beserta dengan timbang berat dan ketinggian. hari ni, berat badan teman mencecah 40.1kg. naik kira2 3kilo dalam masa dua minggu, ketinggian pulak 155.5 (mesin pengukur menipu. teman 156 la). Sesudah maklumat diberi, teman di arahkan ke kaunter 21 utk men'jentik' jarum di jari bagi menentukan tahap kepekatan darah. Seterusnya ke kaunter 23 utk ujian air kencing sebelom diarahkan ke bilik 25 utk sampel ujian darah. dekat 1 jam setengah jugak la proses2 tu tadik. kendian, teman berjumpa pula dengan jururawat sebelum berjumpa dengan Doctor. (gile punya banyak orang kena jumpa hari ni).

Masa bersama jururawat, degupan jantung baby di imbas, tapi guna portable sound scanner jer. tader ler tengok rope bayi teman. takat dengar bunyi jantung la. bayi2 teman berada di kiri kanan teman. kira macam kat buah pinggang kiri kanan masing2. degupan jantung OK. seorang 151, seorang 145-150.  Seterusnya, semasa berjumpa Doc, baru ler ada wat scan. tapi tak secanggih kat Hosp. Umra. gambar nye tak jelas sangat. teman tak nampak pun, sbb monitor di tepi kepala teman. sang suami jer le yang tengok dan hangguk2 (kunun paham le ape yang doktor cakap).

tapi ape yang teman nak share kat sini layanan klinik tu tak best. naseb baik la sebab tak kuar seduit pun, redha jer la. Doktor nye langsung tak friendly. Memandangkan teman ni bawak anak kembar, Doc perlu merujukkan teman ke hospital untuk dirujuk kepada pakar. So, beliau pun bertanya la nak dia rujukkan kami ke hospital mana. bila teman dan suami terkial2 nak buat keputusan, dengan selambanya Doc tu sound " boleh cepat sikit tak, I ada banyak lagi patient". Huh! naseb baik la aku tak bayar upah kau Doc oi.....( cakap dalam ati jer). kira2 pukul 11.30am baru la segalanya selesai.