Wednesday, February 23, 2011

Tanda awal kehamilan

Hi semua.. dah beberapa hari teman tak merapu meraban kat blog ni. Ari ni agak kebosanan dan kehilangan daya saing di tempat keje, maka dengan itu teman merajinkan jari jemari teman yang halus mulus ni utk mencoret kan sesuatu pada blog teman ni.

Ari ni teman nak share pengalaman teman dari segi makan dan simptom2 ibu mengandung. dalam nukilan teman yang terdahulu ada teman cerita yang teman tahu secara sahih yang teman ni mengandung setelah kandungan hampir dua bulan. So, selama kira-kira sebulan dua sebelum disahihkan teman ni hamil, ada la juga dua tiga simptom yang teman alami tapi buat-buat tak reti.

Yang agak ketara adalah kekerapan lapar teman. Kekawan teman pun kenal teman ni macamana orang nye, jenis tak makan banyak. tapi semenjak selepas berumah tangga, teman kerap lapar. hinggakan kadang-kadang baru jer lepas breakfast kira-kira sejam yang lalu teman boleh mengadu lapar. hehehhe. bila kekawan mula mengusik yang teman ada isi, teman menidakkannya. alasan teman, perubahan hormon pas kawin kot. tu yang asik lapar. pssst...sesetengah orang cakap, memang lepas kawin ni makin kerap lapar. almaklum la, banyak sangat aktiviti yang sebelum kahwin ni tak pernah di lakukan. hehehhe. Rupa2nya memang ada sesuatu yang berkongsi makan dengan teman. sebab tu ler teman cepat beno rasa laparnya. kalau dulu2 sebelom kawin, nasik tak pernah nye abeh. kalau gi makan ngan sang suami masa bercinta dulu, kompom teman kena order nasik putih separuh. tapi semenjak ada penghuni di dalam rahim teman, teman mampu untuk menghabiskan sepinggan nasi. nyum nyum nyum.

Citer pasal makan ni, alhamdulillah sepanjang dah masuk dua bulan kandungan teman ni, teman tader alah sangat pada apa-apa makanan. Mungkin ada segelintir kekawan teman yang alah dengan nasi, alah dengan itu alah dengan ini, teman Alhamdulillah, setakat ni mampu lagi menghabiskan nasi sepinggan separuh. Cuma kadangkala tu, teman cepat muak bila cium bau benda bergoreng especially yang baru sangat lepas digoreng, bau minyak yang digunakan lepas menggoreng. adeh... Ni dah hampir dua minggu jugak teman tak memasak, tak menggoreng. tapi bukan ler disebabkan tak lalu mencium bau benda bergoreng tapi sebab romah teman udoh habeh gas. Nak beli gas, RM belom masyukk lagi. hehehe.

Berbalik kepada kisah makan dan alahan teman tadi. Masuk jer bulan ke2, teman dah mula rasa angin dan mual. Kadang-kadang bukan saja semasa perot teman kosong, bahkan lepas diisi secukupnya teman akan rasa mual. Hinggakan ada satu malam tu, teman terpaksa mengerahkan sang suami untuk 'menolak' angin dalam badan teman. Urut punya urut, buwweekkk... keluarlah balik buah laici yang baru teman minom semasa makan malam. Maka, keesokannya teman pun bertanya kepada kakak sepejabat teman (yang juga sedang mengandung, anak ke3) kenapa teman kerap angin. Akak tu pun menyarankan kepada teman agar cuba pakai stokin. mungkin sbb keadaan office yang sejuk, menyebabkan angin mudah masuk dalam badan. BUkan saje kat office, malahan kat rumah pun dicadangkan memakai stokin. almaklumlah, kita kan duduk rumah batu, rumah batu ni sejuk lantainya. itu pun boleh menyumbangkan kadar pengaliran masok angin dalam tubuh kita. So, teman pun mengikut la cadangan tersebot,tapi sekejap jer. teman tak selesa sangat berstokin dalam romah, takot terjerombab. Maka sudahnya angin pun masih bertakung la dalam tubuh teman.

Selain dari cadangan memakai stokin, akak tu ingatkan teman agar tidak memakan sayur-sayuran yang angin. Contohnya kacang panjang, kobis, petola, terung...adeh. banyak nya tak leh makan (walopun teman idak ler gile sayur sangat..hehehe). So, mulai hari tu, teman elakkan memakan sayur2 yang tak hijau ni. chewaahhh. Tapi, teman masih mudah angin (bukan naik angin tau). Akhirnya sang suami mengenakan syarat supaya teman tidak meminum ais, kerana ais juga penyumbang kepada angin dalam badan. Ais kan sejukkkk.. So, terpaksa ler teman tak minom ais (bila makan bersama sang suami jer.hehehe. kalau waktu lunch dengan opismate, teman bedal juga ais, tapi minta pekedai tersebut mengurangkan kuantiti ais nye la). Alhamdulillah skarang dah kurang dah la keanginan teman. Cuma bab mual, tekak rasa payau, loya tu masih terasa la. Menurut kata Dr., perkara ni akan berlanjutan sampai kandungan berusia 3-4 bulan. Mudah-mudahan.

Ok, selain dari cepat rasa lapar semasa mengandung ni, terdapat jugak lain2 perkara yang biasa terjadi kepada ibu hamil. kira ni macam tanda2 seseorang itu hamil la kan. Ni teman amek dari website/blog orang lain jugak la...

www.alamhamil.com (http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=123:10-tanda-hamil&catid=36:semasa-hamil&Itemid=58)


10 Tanda Hamil


Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
*******************************************************************************************
Selamat membaca......

Thursday, February 17, 2011

Second check up

Teman nak sambung pasal check-up baby teman. Pada 15 Februari 2011 ari tu, teman dan suami pergi lah kembali ke Hospital Umra untuk membuat pemeriksaan kedua. Sajer jer la pergi walaupun baru jer tiga minggu yang lalu buat pemeriksaan pengesahan. Tak sabar nak tau samaada betul2 teman mengandungkan dua baby.

Tunggu punya tunggu giliran (alhamdulillah, tak lama pun menunggu. Tapi sempat la berborak dengan classmate yang dah 13 tahun tak jumpa -Mc'Na), akhirnya sampai giliran teman untuk berjumpa Puan Doktor. Ari ni Doktor Suginta yang mengambil alih tempat Dr yang teman jumpa first time ari tu. Dr. Suginta ni jauh lebih ramah dari Dr.K ari tu. Sama seperti ari tu, pergerakan bayi sukar dikesan bila menggunakan pengimbas 'atas'. Hinggakan Dr.Suginta tu macam was-was plak betul ke teman ni pregnant. Tapi Dr. Suginta tak putus asa, beliau tenyeh lagi scanner tu atas perot teman, kiri,kanan,atas, bawah. Betul la cakap kawan-kawan teman, baby ni suka 'lari' dari di scan.hehehheh. Finally Dr Suginta berjaya mengesan baby teman, tapi samar-samar. sukar di pastikan samaada benar2 ada dua atau pun cuma pantulan/mirror dari baby pertama. Maka, sesi mengimbas dari celahan bawah itu pun berlaku lagi. Menurut kata Dr. Suginta, teknik imbasan dari arah bawah ini lebih accurate dalam menentukan tarikh kelahiran. Walluhualam.

Yess!!! Ops. Alhamdulillah. Kami nampak ada dua plasenta d dalam rahim teman. Oh yer, kata Dr. Suginta, rahim teman pelik sikit kedudukan nya. macam senget. tapi tak perlu risau, tak der apa-apa yang abnormal. Masa ni la kami dapat mendengar denyutan jantung setiap seorang dari baby ni. Maka terbukti lah ada dua janin di dalam rahim teman ni. Alhamdulillah. Teman dan suami sangat-sangat gembira bila mendapat perkhabaran ni. Walau macamana pun, jantina baby ni belum dapat ditentukan lagi. Teman pun tak ingat minggu ke berapa baru dapat tahu jantina. tak kisah la apa pun jantina anak kami ni nanti, teman terima dengan penuh kesyukuran. Tapi, mana-mana ibu dan bapa pun pasti ada juga jantina idaman utk anak yang bakal di lahirkan. Harapan teman, alangkah seronok nya kalau dapat sepasang yakni seorang lelaki dan seorang perempuan. sure cute dan sangat sweet kan.....

Oh yer, masa scanning ni, Dr. Suginta cakap baby yang first tu sedang melambai. Teman senyum lebor jer la masa tu. Seronok weh....tak tergambo macamana seronok nya perasaan teman time tu.

Begitulah kisah sesi pemeriksaan kedua teman..

Wednesday, February 16, 2011

Kehidupan baru sebagai seorang mama-to-be (cont....)

Keesokkannya, iaitu pada 25 Januari 2011, teman pergi ke Shah Alam untuk berjumpa dengan client. Sebelum jumpa client tu, pergi la breakfast dengan sang suami. Memang gitu ler rutin teman kalau ada temujanji dengan client di Shah Alam, kompom akan breakfast dengan sang suami di luar ajer. Masa tengah duk sarapan tu la teman dan suami berkira-kira untuk buat pemeriksaan di klinik bagi memastikan yang teman ni beno-beno dah mengandung. Segan jugak sebenarnya nak ke klinik ni. Almaklum ler, pertama kali- takder experience. So teman call la dulu kawan teman, bertanyakan pendapatnya dari pengalaman beliau semasa mengandung. Member teman tu dengan semangatnya menyarankan teman agar pergi jugak ke klinik utk buat pengesahan. Siap di ajor nye teman cara-cara nak memaklumkan kepada receptionist klinik semasa pendaftaran.

Maka, lepas selesai temujanji dengan client teman, teman pun pergi la ke klinik bersama-sama dengan sang suami. Memandangkan keme tak ndak buang masa mencari dan pergi ke klinik yang jauh-jauh, keme tekad redah jer mana-mana klinik yang ada di sekitar tempat kerja sang suami. Mak aih, banyak la pulak klinik  di Shah Alam ni. Pernah juga ada seorang kawan ni rekemen kan satu klinik (klinik yang dia pergi masa wat check up mengandung anak pertamanya dulu), tapi time tu teman tak ingat nama klinik tu. Setelah puas berpusing-pusing di kawasan tersebut, akhirnya klinik di belakang office sang suami yang jadik tempat di tuju. Hospital Umra namanya.

Setelah selesai pendaftaran, teman pun di panggil masuk mengadap Dr. Doktornya perempuan. Ok la tu kan. Oh yer, sebelom mengadap Puan Doktor ni, teman di ambil ujian tekanan darah dan ditimbang berat. Tekanan darah OK, tiada masalah tekanan darah rendah mahupun tinggi. (teman ni selalu jer berlaku kes darah rendaH.. tak cukup zat ler tu). Berat teman time tu ada lah dalam 36kg jer. sebelum ni, berat teman memang tak sampai pun 35.hehehhe.biar lah rahsia.  Di dalam bilik Dr., dan ditemani oleh sang suami, Dr. mengarahkan teman berbaring di atas katil dan beliau pun memulakan kerja-kerja mengimbas (scanning la tu) perut teman utk memastikan teman ada isi. Tenyeh punya tenyeh, puan Doktor gagal mengesan dengan tepat dan gagal memastikan teman ada isi. Maka, puan Doktor tu pun mensarankan utk melakukan pengimbasan melalui laluan bawah (tempat tuuu laa). Alhamdulillah, Dr tu dapat mengesan sesuatu di dalam rahim teman, iaitu janin yang baru terjadi. Lebih menggembirakan, sarung atau plasenta yang menempatkan bayi bukannya satu tetapi ada dua buah yang kelihatan masa proses pengimbasan tersebut. walau bagaimana pun, menurut Doktor tersebut, masih terlalu awal untuk memastikan bahawa terdapat dua janin di dalam rahim teman.(maknanya anak teman yang bakal lahir ni nanti kembo lerr). tapi, ada kemungkinan juga sebuah lagi objek tersebut merupakan sesuatu yang tidak disangka-sangka.

Untuk memastikan itu adalah dua plasenta yang membawa erti dua anak (atau pun kembo), hanya setelah kandungan berusia dua bulan baru dapat dipastikan. Maka nanti kan lah sambungan kisah Kehidupan baru sebagai mama-to-be teman ni.....

Kehidupan baru sebagai seorang mama-to-be (cont....)

Ok, kita sambung kembali kisah Kehidupan baru sebagai seorang mama-to-be.

So, pada malam 24 Januari 2010, iaitu kira-kira setelah tiga minggu period teman lewat, teman pun capai lah pregnancy test kit yang telah dibeli seawal seminggu setelah period teman lewat. So, ujian kehamilan pun di lakukan dengan rasa risau. Risau kalau-kalau impian belum menjadi kenyataan.

Alhamdulillah, dua garis terbentuk pada alat uji tersebut menandakan teman positif pregnant. Time ni teman tak teros-teros bagi tau sang suami. Teman buat muka kelat, simpan alat uji tu bawah meja solek dan teros berpura-pura tidur (sambil menunggu sang suami naik atas katil utk tidur). Lama gak teman menunggu sampai tertidur betul-betul la jugak sudahnya. Bila teman perasan sang suami dah berada di sisi, terus teman khabar kan pada nya yang teman dah wat test (dengan nada 'straight'- ala2 sayu gitu). Sang suami pun bertanya kan keputusannya. Teman idak la pulak nak kabo terus apa keputusannya sebaliknya teman suruh dia sendiri yang melihat keputusan alat ujian itu sendiri. Mulanya sang suami tanak tengok, kira macam berdolak-dalik la sbb dia pun takut kalau keputusan ujian tu negatif. namun setelah didesak, beliau pun bangun kembali dan menuju ke meja solek dan mengambil alat ujian tersebut.

Agak2 kome la, ape response sang suami teman bila tengok alat ujian tersebut??

Mula-mula sekali beliau membelek2 alat ujian tersebut dan cuba memahamkan apa kah yang dimaksudkan dengan dua garisan tersebut. Bila dah paham (kalau dua garisan maknanya positif), dia tanya pulak apa yang dimaksudkan dengan positif.. adeh deh deh...Sabar jer lar. Setelah teman menerangkan serba sedikit tentang alat tersebut, dengan air mata bergenang, teman pun kabo kan le pada suami teman yang teman positif pregnant. Mula-mula sang suami buat-buat macam tak de perasaan (konon macam cool la). Bila dah berada atas katil kembali, jerongehnye bukan main panjang. seronok la tu. Laki mana yang tak seronok wehh bila tau isteri yang dicintai mengandung.

Malam itu kami tidur dengan separa gembira. (Yer la, itu baru result dari test kit, belom dari Dr. Kena la confirm kan dulu dengan Dr. baru leh gumbira 100%).

Jap lagi teman sambung kisah seterusnya. Sekarang dah time lunch. Mama-to-be nak kena isi tangki. Zasss...

Kehidupan baru sebagai seorang mama-to-be

Macamana yer teman nak mulakan kisah teman. May be I shall start by introduce a little bit about myself. Cukup kot kalau pembaca semua mengenali teman dengan nama Puan M. Chewahh... (esok2 kalau terpikir nak tukar nama, cheq habaq naaa...). Ini first time teman nak buat blog ni, tu pun terpanggil untuk kongsi pengalaman  mengandungkan anak pertama. Bukan ape, esok-esok boleh la imbau balik kenangan. (Ini kes tak rajin tulis diari la ni, itu pasal gunakan blog sbg pengganti diari).

Moh kita sambung pengenalan tentang diri teman. Teman baru jer berkahwin. Baru tak baru pun, dah nak 3 bulan gak la. Teman kawin di usia yang agak lewat, akhir 20-an. Macam pasangan-pasangan lain, kompom ler teman dan suami mengimpikan nak ada anak cepat-cepat. Almaklum la, masing-masing dah kategori kalau ada anak, dah patot dua tiga dah. Mana tak nya, kawan-kawan keme rata-ratanya dah mempunyai anak, setidak-tidaknya seorang. So, bermula dari saat kami sah di gelar suami isteri, usaha untuk mendapatkan anak tidak keme sia-siakan. (kena tapis sikit cerita ni, tak sesuai utk anak-anak bawah umur baca pulak nanti). Alhamdulillah, setelah puas berusaha, akhirnya teman pun mengandung. Itu pun teman realize bila mana period teman tak muncul-muncul pada waktu yang sepatutnya. Setelah hampir tiga minggu period teman tak muncul-muncul, teman pun mengsemangatkan diri untuk buat ujian kehamilan. Ala, bukan susah pun. Beli ajer pregnancy test kit kat watson tu, baru RM14.00 jer. (Pesanan teman, kalau nak beli pregnancy test, jangan la beli yang murah bebenor, bukan ape, takut tak bape leh nak caya keputusannya)...

Nak tau ape keputusan pregnancy test teman? Apa yang terjadi seterusnya??....nantikan sambungan kisah Kehidupan sehari-hari seorang mama-to-be. (nak kena sambung wat keje, kang boss fired laks kang kalau keje tak siap)...